Sembang Mesra

Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Bicara Hati 2: FSCC oh FSCC

Istimewa buat Family FSCC yang paling aku sayang.

Alhamdulillah sedar atau tidak Raudhah Festival sudah hampir ke kemuncak dan penghujungnya. Namun tatkala masing-masing sibuk dengan perjalanan program RAFEST kali ini, terdetik dihati untuk buat satu perjumpaan (Heart to Heart session). Dan hari khamis merupakan waktu yang paling sesuai kerana itu sahaja waktu "kosong" untuk buat perjumpaan ini (walaupun ada talk yang mendapat sambutan di luar jangkaan). Tambahan pula, kita akan menguruskan satu lagi program yang memang besar; RAFEST BAZAAR. Tujuan aku buat sesi ini ketika RAFEST sedang berlangsung adalah kerana bagi aku, manusia itu perlu ditegur ketika mereka sedang sibuk melakukan tugas mereka. sebenarnya, memang aku tidak mahu beritahu agenda perjumpaan kali ini kerana aku ingin kaian semua merasai satu pengalaman baru; apa yang kita akan lakukan ketika dikritik tanpa persediaan mental. Adakah kita mampu menerima dan membuka hati kita pada ketika itu?? Inshaallah, ia akan berguna pada masa akan datang yakni Ketika berjumpa orang atasan, rakan-rakan,dan seangkatan dengannya

Alhamdulillah, aku bersyukur tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T kerana melalui perjumpaan inilah aku dapat menyelami dan menghayati personaliti kalian. Diharapkan perjumpaan ini dapat mengeratkan tali persaudaraan dan merapatkan jurang yang ada sebelum ini diantara kita. Sebenarnya, banyak perkara yang hendak aku luahkan tadi, tetapi disebabkan perkara-perkara ini dpendam begitu lama,aku tak tahu nak luah yang mana satu. Mungkin dah terlalu saturated

Aku mengambil semua kritikan kalian tadi dengan hati terbuka, berfikiran positif dan ini yang aku nantikan sepanjang aku bekerja dengan kalian. Seperti yang aku beritahu tadi, aku tidak se"emo" sekarang suatu ketika dulu. Tetapi, apabila aku lihat segala kerja yang simple tapi tak boleh buat, tidak beri tumpuan ketika "meeting", tidak mencatat, dan tiada komitmen ini berlaku, aku secara automatiknya kurang mampu mengawal emosi aku. Memang aku akui perbuatan ini tidak matang dan kurang professional. Namun, sifat sebeginilah yang banyak mengajar aku untuk menjadi matang dan professional. Walaupun aku emosional, aku tidak pernah buat sesuatu keputusan itu berdasarkan emosi semata-mata. akan aku fikir rasional dan logiknya sesuatu perkara itu. Akanku cuba mengawal emosiku ini pada masa yang akan datang. Inshaallah.

Lagi satu, sebelum perjumpaan ini, aku ada dengar sesetengah yang mengatakan bahawa semua pendapat aku perlu diterima. Secara jujurnya,aku tidak akan beri satu pendapat sekiranya perkara itu boleh diselesaikan dengan baik. Semua pendapat yang aku utarakan itu adalah berdasarkan secebis pengalaman yang ada, berfikiran jauh,rasional dan berfikir dari sudut pandangan yang berbeza; contohnya pandangan audiens. Harap kalian semua faham ya. dan akau tak kisah seandainya idea aku tidak diterima.

Dan setelah selesai perjumpaan tempoh hari, hati aku rasa terlalu tenang. Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa tenangnya hati aku waktu tuh. Mungkin kerana akhirnya komen-komen mengenai aku;segala kesilapan yang aku lakukan sebelum ini diketahui juga akhirnya.

Memandangkan aku pada asalnya graduan setahun setengah, jadi ramai member-member aku yang sudah graduate. Jujurnya dalam hati ini, last semester kat uia ini aku rasa sunyi. Koranglah pengubat kesunyianku. sebab itu aku sayang giler kat korang semua. Mungkin kerana aku sudah mula merasai kemanisan ukhwah yang terjalin diantara kita.

Buat semua family FSCC, aku sayang korang semua!

Wednesday, November 3, 2010

Bicara Hati 1: Kategori Rakan

Bismillahirahmanirahim..

Slot ini lebih kepada luahan hati sebenarnya, setelah menganalisis keadaan disekelilingku. RAKAN..
ade pelbagai jenis rakan. rakan sepermainan, rakan sekerja. dan setiap satunya mempunyai personaliti yang berbeza. Rakan juga merupakan antara orang yang paling penting dan dekat dengan kita selepas ahli keluarga kita. orang selalu kata, ada 2 Golongan rakan:

1. Ketika senang, dia bersama kita. Ketika susah dia meninggalkan kita.
2. Ketika senang dan susah, dia bersama kita.

Tapi bagi aku ada berapa kategori rakan:

1. Ketika senang dan susah, dia bersama kita. saling bantu membantu.

2. Ketika senang bersama kita, tetapi ketika kita dilanda kesusahan, dia cuba mengelak untuk TIDAK membantu kita.

3. Ketika dia dilanda kesusahan, dia akan mencari kita untuk membantu dia. Namun, ketika dia senang, dia tinggalkan kita. sombung. Bila ditegur tak dilayan

4. Ada rakan yang hanya berkawan dengan kita kerana dia bertaruh (selalu ada dalam filem), ada yang cuba merosakkan kita dan mengajak kita melakukan maksiat. Nauzubillah.


Setakat itu sahajalah kategori-kategori yang dapat aku analisis berdasarkan pengalaman yang lepas. Kategori ini merupakan pendapat peribadi, terpulang sama ada mahu menerimanya ataupun tidak. kalau ada lagi golongan-golongan yang tidak disebut ataupun anda ada pendapat yang tersendiri, boleh beri cadangan di ruang komentar di bawah.

Wassalam..

meh tengok yang ini