Sembang Mesra

Friday, December 31, 2010

Episod 3: A Week Before Tahun Baru? 19.Kahwin.Syarikat.SMAC

Assalamualaikum kepada semua pengunjung! sedar tak sedar, kita sudah sampai ke penghujung tahun 2010. Ya Allah, sungguh cepat masa berlalu.. Baiklah, sebelum aku mencoret kisah kasih aku sepanjang tahun 2010 ni, aku nak coretkan apa yang berlaku sepanjang seminggu sebelum tahun baharu ni....

Mid-Semester break
- dah tak macam cuti aku ni. Tiap-tiap hari keluar rumah. bukan meronggeng ke apa. tapi banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku tak tahu mengapa cuti kali ni terlalu banyak sangat tekanan yang aku hadapi, walhal waktu cuti ni sepatutnya minda aku releks.

25 Disember 2010 (Alhamdulillah, I'm Officially 19 Years Old!)
-Alhamdulillah, masuk hari ni dah 19 tahun 6 Hari aku hidup dimuka bumi ini. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan bertugas sebagai khalifah dimuka bumi ini.
-Sambutan hari jadi tahun ini agak simple, keluar makan dengan famili tercinta dan tiada kek untuk tahun nih.huhu
-Jutaan terima kasih kepada sesiapa yang wish birthday tempoh hari. kat facebook sahaja dah banyak. Nak tak nak, kena reply balik satu per satu. maklum la, kita harus hargai apa yang orang wish kat kita. betul tak?
-Azam aku kali ni; act like your are 19 years old! dah taknak bersifat kebudak-budakkan. dan cuba banyak bersabar dan kurangkan amarah.

Kursus Pra Perkahwinan di UIA Gombak
-Kursus kahwin ni telah dijalankan pada 25/12/2010 - 26/12/2010. Maknanya, aku menyambut kedatangan usia 19 tahun dengan menghadiri kursus kahwin.
-Banyak input-input berguna yang aku peroleh disamping ustaz-ustaz yang mantap dan kelakar!.hahaha
-Kenapa pergi awal? Saja ja pergi awal. Mana la tau kan apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang. Sudah ditakdirkan oleh Allah untuk pergi awal.
-INGAT! jangan anggap mereka yang pergi kursus kahwin pada usia muda ni gatal ye. Bagi aku, lagi bagus mereka ni pergi awal. Sebagai bekalan jugak nanti. Daripada korang attack mereka2 yang pergi kursus kahwin ni baik korang attack mereka2 yang tengah bercouple tanpa ikatan yang sah.
-Pada mulanya aku tak nak beritahu sesiapa pun yang aku pergi kursus kahwin ni. tapi pikir2 balik, beritahu je la. lantakla korang nak sakat aku selepas ni.
-Alhamdulillah, sekarang ni dah ada sijil pra perkahwinan...........ada siapa-siapa yang sudi jadi teman sehidup semati aku? hahahahahahaha

KRAFIGURA Enterprise
-Alhamdulillah, hari isnin tempoh hari, aku daftar syarikat dengan Afiq Fadhli
-Tak sangka, dah buka syarikat aku ni. Inshaallah kalau ada rezeki, majula syarikat ni.
-KRAFIGURA Enterprise ni adalah syarikat yang berdasarkan fotografi. Khususnya dalam bidan perkahwinan.
-Inshaallah, blog dan facebook page akan muncul tidak lama lagi.
-korang akan dapat rasa betapa berbaloinya korang pilih kami nanti

PHOTOGRAPHY
-Minggu ni fokusku lebih kepada fotografi. Maaf la ye, time cuti ni saja waktu free aku untuk fokus dalam fotografi ni
-Selasa haritu aku follow shukry pergi survey kamera. Inshaallah kalau ada rezeki, D7000 menjadi pilihan hati untuk kerja nanti.
-Rabu lepas aku follow shandot passionphoto, kameramin dan encik big pergi shot model dan produk di seremban. banyak benda aku belajar, especially macam mana nak deal dengan DATIN.

SMAC
-Minggu ni memang banyak call yang aku dapat daripada committee SMAC.
-Maaf la, bukan aku taknak layan korang, tapi cuti ni aku memang busy dengan benda lain.
-Jujurnya, aku taknak jadi Head Committee PC. Tugas yang amat berat bagi aku.
-Aku dah tak larat nak handle PC ni. maaf cakap la ye.
-Jadual dah lama siap sebenarnya, cuma aku tak berani bagi kat korang sebab jadual ni perlu diteliti oleh biro PC yang lain.bukan aku sorang sahaja.
-SORRY SANGAT2 SEBAB TAK BOLEH BERI KOMITMEN CUTI NI

ha, begitulah kisah seminggu sebelum Tahun Baru yang padat gila ni.
Inshaallah next posting aku akan beritahu tentang tahun baru ni.
wassalam

Thursday, December 23, 2010

Epi besday! Afiq Fadhli

Entry ini ditujukan khas kepada



Afiq Fadhli Bin Miskam:

Selamat hari jadi wahai sahabatku, semoga kau sentiasa berada dalam Redha-Nya dan dapat kahwin cepat2 (hahaha)MySpace

Ha kali ni nak cerita serba sedikit tentang afiq (roomateku):

1) Antara sahabat-sahabatku yang baik dan juga memahami. time aku susah, selalu tolong aku. time senang, memang gila2 la kan! hehe. Dialah roomate aku yang paling rapat, selepas hafizi azmi.

2)Afiq ni dulu sekolah KISAS, so.. bila 1st time jumpa tu agak segan2 gak la (ye la, budak KISAS, alim kot! haha).. last2 bila dah lama duduk dengan dia............
sama je macam kepala otak aku, gila-gila.

3) Pernah jadi adik-beradik angkat time baktisiswa dulu, ha. start dari tu kami mula kamceng. (tol tak afiq?haha)

3) Kami berkongsi minat yang sama; photographyMySpace. dan diala pencetus idea KRAFIGURA photography.

4)selalu berkongsi rahsia dengan dia. tapi ada banyak rahsia dia yang belom dapat aku korek.haha. (dia pun taktau sangat rahsia aku)MySpace

5)kaki study time 1st semMySpace, stat sem 2 sampai sekarang teros jadi kaki persatuan selepas dihasut dan dilatih oleh aku. mwahahahaha!!MySpace

6) Recently selalu bz dengan..........................................................................................
so, kurang sikit masa aku nak berlibur dengan dia (T.T)MySpace. ajak keluar sikit, ada hal.
takpe la. aku paham situasi ko =)

7)Walauapapun afiq, kita tetap sahabat selamanya, ukhwahfillah abadan abada~ aku sayang ko!MySpace (ha, yang lain, jangan berfikiran sempit ya!)




Saturday, December 11, 2010

Episode 2: Hijrah-Transformasi diri

Assalamualaikum..maaf la ya, dah lama tak update blog ni. maklumla, agak sibuk sejak kebelakangan. banyak urusan yang perlu dilaksanakan.

Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru dalam Islam, yakni Bulan Muharam 1432H. Of course la, acap kali tahun baru je, mesti ada azam baru. tak terkecuali aku.

Sempena tahun baru ni, banyak azam yang aku nak lakukan dan harap ianya menjadi, tak seperti azam-azam tahun lepas.

kalau ikutkan, sebenarnya since raya aidiladha lagi aku dah.. mulakan langkah. bak kata orang, kita kalau nak buat sesuatu mesti berperingkat. antara step-step yang aku buat ialah dengan menjadikan diri sendiri ini lebih berdisiplin. Alhamdulillah, sekarang ni aku boleh maintain katil dan meja yang dulunya bersepah, menjadi lebih kemas. aku berjaya buktikan kat room mate aku yang aku boleh sustain keadaan mcm ni. (dah nak sebulan da ni.huhu)

kedua, sebagai hamba Allah yang tak lari daripada melakukan khilaf, aku akan memperbaiki diri ni untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, Inshaallah..

ketiga, memandangkan usia ni baru je nak masuk 19 tahun 25 disember ni, aku akan cuba matangkan diri dari pelbagai aspek, terutama dari segi gerak kerja. Aku akan sedaya upaya untuk tidak mencampur aduk emosi ketika bekerja. selain itu, matang dari sudut pemikiran dan juga diri sendiri. tapi normallah kalau aku ni gila-gila sikit. hehe

keempat, nak cari kerja. Alhamdulillah, abang member aku dah offer kerja kat aku. siap nak ajar dan bagi tutorial utk web designing. siapa tak nak kan. orang tu bagi ilmu plus bagi gaji kat kau. tapi bagi aku, aku lebih suka untuk mengejar ilmu yang dia nak bagi tu. penting kot since kat gombak nanti aku kena gunakan ilmu tersebut.
Alhamdulillah,pada 1 Muharam 1432 H, jam 0003, aku dan room mate aku, afiq secara rasminya menubuhkan satu syarikat baru dalam bidang photography ni, iaitu KRAFIGURA Photography Enterprise. so, lepas ni kalau ade event2 korporat, wedding ke..leh panggil kami. just bagi je berapa bajet korang, nanti kami sediakan pakej2 yang berpatutan dengan bajet tuh.

dan last sekali, nak cari calon isteri.............................
ok. abaikan yang last sekali nih.haha

ha.tu je la kot azam aku setakat hari ni 11/12/2010 jam 0931. dan mohon doa daripada semua sekali ye, semoga azam tahun ni dapat dilakasanakan dengan baik. Amin~~

Saturday, December 4, 2010

Aku Tak Bodoh film


hari sabtu 4 disember 2010. aku ajak adikku keluar pergi jusco. cadangnya nak beli seluar je. pastu balik. tiba-tiba adik aku ajak tengok wayang.. memandangkan kazen aku ada sekali, so..aku pun on je la..

asalnya nak diorang nak tengok citer rapunzel tuh (kartun2 tu la)..tak minat pulak aku rasanya. so aku pun beli la tiket filem "Aku Tak Bodoh". dengan expectation yang tak terlalu tinggi. maklumla, filem melayu.

aku ingat filem ni sama je dengan filem tipikal melayu yang lain; cinta-konflik 3 segi-kelab dangdut-gadoh2-mati- cam tu la. tapi sebaliknya pulak yang berlaku.

Rating yang aku boleh bagi untuk filem ni ialah 5 BINTANG daripada 5 Bintang. kenapa aku letak rating untuk filem ni tinggi?

1st....cerita ni memang sarat dengan mesej-mesej kekeluaragaan. dia menceritakan perasaan sebenar kita (iaitu sebagai anak) terhadap ibu bapa kita dan juga sebaliknya.

2nd ada unexpected thing happen dalam cerita tu..(aku tak nak beritahu, spoil plak nanti)

3rd pelakon-pelakon pun mantop! pandai membawa karakter dengan baik. cerita ni ada babak lucunya. dan kalau babak sedih dia tuh, pergh! sebak gak aku menahan air mata ni


Filem yang langsung tidak membosankan bagi aku! Mampu membuat aku ketawa dan sedih serta dalam masa yang sama mesej - mesej yang mahu disampaikan itu sampai kepada aku. Mungkin dialog serta perlakuan di dalam filem ini bagi sesetengah babak agak kasar dan tidak baik untuk tontonan kanak - kanak seperti melawan cakap orang tua atau guru tetapi filem ini tidak membiarkan babak seperti itu habis begitu sahaja. Pasti akan diselitkan kenapa terjadi begitu dan cara untuk mengelakkannya atau menyelesaikannya jika diamati betul - betul.

daripada apa yang aku bagi ni. rating terutama aku adalah mesej yang dia sampaikan. filem ini secara tak langsungg mengajar aku macam mana nak didik anak-anak nanti. adakah tarbiyah yang akan diberikan itu betul. Jujurnya, memang jarang dan susah nak dapat mesej filem-filem sekarang ni. hampir semuanya kabur dan sekadar hiburan untuk menghabiskan masa 1-2jam untuk menonton movie tu. tetapi tidak bagi filem nih. memang korang akan dapat terus mesej yang dia nak sampaikan secara direct.
THUMBS UP TOK FILEM NI!!!

Sunday, November 28, 2010

Inspirasi 2: Saya sayang ayah dan ibu!!

Assalamualaikum, just nak share satu video yang mampu menginsafkan diri kita. Daripada kita layan video cintan-cintun, baik layan video yang menyentuh hati ni. Tajuk video ini, A letter from Mom and Dad. Surat ini berkisarkan apa yang tersimpan di hati ibu bapa kita ketika mereka sudah lanjut usia. Secara jujurnya, tatkala aku sedang menonton videoclip ini, air mataku mengalir. Video ini memang memberi kesan yang mendalam kepada aku dan mungkin korang semua.



Jadi, aku nak korang semua (termasuk diri sendiri), muhasabah balik apa yang kita lakukan terhadap ibu bapa sepanjang kita membesar ni.
Aku doakan agar kita semua menjadi anak-anak yang soleh/solehah yang mampu buat ibu bapa kita tersenyum di kemudian hari, Inshaallah

-I don't own this video- credit to those who created this vid.

Tuesday, November 23, 2010

Tazkirah 2: "SALAM"???????? apa maksudnya???

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.


Artikel ini diambil daripadaPakarhowto.com

Sunday, November 21, 2010

Tazkirah 1:NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE'

Assalamualaikum. sekadar berkongsi post daripada Ustaz Hashim Al-Maranji. Kalau tgk apa yang berlaku sekarang ni, aku rasa nikah khitbah ini perlu. Maksiat semakin berleluasa dalam kalangan umat melayu "ISLAM" moden pada masa kini. Kenapa aku highlight ISLAM tu adalah kerana sekarang ni ramai melayu yang ISLAM hanya pada I.C sahaja. so, aku tak nak cakap banyak, korang baca je post ustaz ni...

Credit to Bro Alif Roozaime PassionPhoto
Bila la turn aku ye?


************************************************************************************
Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah.. dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.



Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

*************************************************************************************
Ha, demikianlah sedikit info mengenai nikah Khitbah ini. Secara peribadinya, aku menyokong nikah khitbah ini. Perkara yang baik tak perlu dilengah-lengahkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Janji Allah itu pasti. Akan dimurahkan rezeki bagi mereka yang berkahwin. Tapi mesti ingat! Amanah yang akan dipikul bertambah berat lagi-lagi buat para suami yang menjadi ketua keluarga. Harap post kali ini memberi manfaat kepada semua.
Wassalam..



Thursday, November 18, 2010

Siri 2: Berlabuhnya tirai RAFEST 2010/2011

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurninyanya, Raudhah Festival 2010 telah berlabuh tiranya pada tanggal 14 november 2010.
Disebabkan kesuntukan masa untuk berblog, dimalam Aidil adha ini lah waktu-waktu sengang untuk aku berblog. lagipun, aku sengaja melambatkan "update" mengenai RAFEST ini kerana aku cuba mengumpul seberapa banyak yang boleh komenentar pelajar uia terhadap RAFEST. Caranya? melalui blog walking la.

Lumrah manusia, ada yang memberi respon yang baik terhadap RAFEST mahupun sebaliknya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana rata-rata mengatakan RAFEST kali ini banyak improvement berbanding dahulu. sememangnya itulah yang kami mahu berikan kepada semua student, bukan niat untuk menjadikan RAFEST ini yang terbaik sepanjang 12 tahun ia diwujudkan, tetapi ingin menjadikan RAFEST ini lebih baik daripada dahulu.

Dalam RAFEST ini, aku telah diamanahkan untuk menjadi Programme Manager... tugas yang amat berat bagi diriku ini. Programme Managerlah antara yang paling banyak perlu melakukan pengorbanan. Tugasnya meliputi sebelum,semasa dan selepas RAFEST berlangsung. Kalau diikutkan, banyak kerja yang perlu aku lakukan sebelum RAFEST berlangsung. Pertama; brainstorming cadangan aktiviti untuk RAFEST. Kedua, jobscope committee RAFEST. Paling penting sekali, update paperwork setiap society. Oleh sebab time tu cuti semester, aku terpaksa berulang-alik ke uia. Nasib baik rumah dekat.

Paling banyak membantu aku ketika RAFEST berlangsung ini adalah Fathin Sakinah, merangkap Setiausaha RAFEST. Buat FSCC yang lain, korang pun banyak membantu juga. Jangan tacing pula dengan aku lepas ini ye. hehe.Bagi aku, RAFEST merupakan satu event yang agak sukar kerana bukan sahaja FSCC yang terlibat, bahkan hampir semua society yang wujud di CFS IIUM ini. Nak melayan karenah semua society ini bukan mudah. Ada yang sudi memberi kerjasama; dengan menghantar semua butiran-butiran yang diperlukan dengan kadar segera. Ada pula yang kurang memberi kerjasama. Secara jujurnya dan minta maaf cakap, society yang kurang memberi kerjasama inilah yang menyusahkan keadaan. dah la tak nak beri kerjasama, complaint pulak tuh. sabar je la. (Maaf ye bagi sesiapa yang terasa)

Memang diakui banyak kelemahan dan masalah yang datang tanpa diduga. Aku akui sendiri, aku bukanlah seorang yang professional ketika melakukan kerja. Aku memang tidak layak untuk memberikan pendapat mengenai gerak kerja professional. AKAN TETAPI, aku berusaha memberikan yang terbaik dan diri ini sedang dalam proses melatih diri untuk menjadi lebih professional. Alhamdulillah, serba sedikit masalah dan kelemahan ini dapat diatasi dengan bantuan teman dan rakan-rakan yang setia berada disisiku. thanks berdozen-dozen.

Apa-apapun, perkara yang sudah lepas kita ambil pengajaran, agar tidak berulang lagi pada masa hadapan. Jauh dari benak sanubariku ini, RAFEST mengeratkan lagi ukhwah yang terbina diantara aku dengan FSCC yang lain, Sub-committee, dan juga society. thanks sangat-sangat kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak sepanjang RAFEST berlangsung ini.

PERINGATAN untuk junior! jangan buat RAFEST awal semester sebab duit elaun tak masuk lagi

Friday, November 12, 2010

Bicara Hati 2: FSCC oh FSCC

Istimewa buat Family FSCC yang paling aku sayang.

Alhamdulillah sedar atau tidak Raudhah Festival sudah hampir ke kemuncak dan penghujungnya. Namun tatkala masing-masing sibuk dengan perjalanan program RAFEST kali ini, terdetik dihati untuk buat satu perjumpaan (Heart to Heart session). Dan hari khamis merupakan waktu yang paling sesuai kerana itu sahaja waktu "kosong" untuk buat perjumpaan ini (walaupun ada talk yang mendapat sambutan di luar jangkaan). Tambahan pula, kita akan menguruskan satu lagi program yang memang besar; RAFEST BAZAAR. Tujuan aku buat sesi ini ketika RAFEST sedang berlangsung adalah kerana bagi aku, manusia itu perlu ditegur ketika mereka sedang sibuk melakukan tugas mereka. sebenarnya, memang aku tidak mahu beritahu agenda perjumpaan kali ini kerana aku ingin kaian semua merasai satu pengalaman baru; apa yang kita akan lakukan ketika dikritik tanpa persediaan mental. Adakah kita mampu menerima dan membuka hati kita pada ketika itu?? Inshaallah, ia akan berguna pada masa akan datang yakni Ketika berjumpa orang atasan, rakan-rakan,dan seangkatan dengannya

Alhamdulillah, aku bersyukur tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T kerana melalui perjumpaan inilah aku dapat menyelami dan menghayati personaliti kalian. Diharapkan perjumpaan ini dapat mengeratkan tali persaudaraan dan merapatkan jurang yang ada sebelum ini diantara kita. Sebenarnya, banyak perkara yang hendak aku luahkan tadi, tetapi disebabkan perkara-perkara ini dpendam begitu lama,aku tak tahu nak luah yang mana satu. Mungkin dah terlalu saturated

Aku mengambil semua kritikan kalian tadi dengan hati terbuka, berfikiran positif dan ini yang aku nantikan sepanjang aku bekerja dengan kalian. Seperti yang aku beritahu tadi, aku tidak se"emo" sekarang suatu ketika dulu. Tetapi, apabila aku lihat segala kerja yang simple tapi tak boleh buat, tidak beri tumpuan ketika "meeting", tidak mencatat, dan tiada komitmen ini berlaku, aku secara automatiknya kurang mampu mengawal emosi aku. Memang aku akui perbuatan ini tidak matang dan kurang professional. Namun, sifat sebeginilah yang banyak mengajar aku untuk menjadi matang dan professional. Walaupun aku emosional, aku tidak pernah buat sesuatu keputusan itu berdasarkan emosi semata-mata. akan aku fikir rasional dan logiknya sesuatu perkara itu. Akanku cuba mengawal emosiku ini pada masa yang akan datang. Inshaallah.

Lagi satu, sebelum perjumpaan ini, aku ada dengar sesetengah yang mengatakan bahawa semua pendapat aku perlu diterima. Secara jujurnya,aku tidak akan beri satu pendapat sekiranya perkara itu boleh diselesaikan dengan baik. Semua pendapat yang aku utarakan itu adalah berdasarkan secebis pengalaman yang ada, berfikiran jauh,rasional dan berfikir dari sudut pandangan yang berbeza; contohnya pandangan audiens. Harap kalian semua faham ya. dan akau tak kisah seandainya idea aku tidak diterima.

Dan setelah selesai perjumpaan tempoh hari, hati aku rasa terlalu tenang. Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa tenangnya hati aku waktu tuh. Mungkin kerana akhirnya komen-komen mengenai aku;segala kesilapan yang aku lakukan sebelum ini diketahui juga akhirnya.

Memandangkan aku pada asalnya graduan setahun setengah, jadi ramai member-member aku yang sudah graduate. Jujurnya dalam hati ini, last semester kat uia ini aku rasa sunyi. Koranglah pengubat kesunyianku. sebab itu aku sayang giler kat korang semua. Mungkin kerana aku sudah mula merasai kemanisan ukhwah yang terjalin diantara kita.

Buat semua family FSCC, aku sayang korang semua!

Monday, November 8, 2010

Raudhah Festival!!

This is an annual event of CFS IIUM.
All IIUM,CFS students and ex-CFS students are invited to come to enlighten the event.
Please cover your aurah, follow university/Islamic dress code during the event.
Weekend mania are opened to public

VENUE :- Centre for Foundation Studies IIUM Petaling Jaya/ Nilai

Programme schedule at Petaling Jaya Campus during Raudhah festival:-

Exhibition (9.00am-5.00pm; AMF Hall) =8-10 November 2010=

1. Digi_buzz (PC Fair)
2. Alternative Rejuvenation (Bekam,refleksology)
3. Blood Donation
4. Aerospace exhibition
5. Robotic exhibition
6. i-Art exposed (calligraphy..etc)
7. Force of Nature
8. Öffentlichkeit exhibiton
9. One Stop Centre

Weekend MANIA (12-14 November)

1. Bazaar (takraw court+ in front of KC)
2. Adventure time; Paintball (Field)
3. Explorace (Around CFS) =8.00 am/ 14 November 2010=
4. Discovery of 5 worlds (AX 101) =9.00pm/ 12-13 November 2010=

EVENTS

7 November 2010
- Love is Cinta talk (Lecture Hall A) : 9.00pm
- Lailatun’ Nisa (AMF Hall) : 9.00pm

8 November 2010
- Grand Charity Dinner (AMF Hall) : 9.00 pm [Devotess, Magic Show]
- Ihya’ Sunnah (Lecture Hall A) : 9.oo pm
- Sayembara Puisi qualifying round (Block E) : 9.00pm

9 November 2010
- “Haram Disebalik Halal” forum (AMF Hall) : 8.45 pm
- “Wayang Pacak” (Lecture Hall A) : 8.45 pm =Kun Faya Kun Movie=
- Sayembara Puisi qualifying round (Block E) : 9.00pm

10 November 2010
- Sayembara Puisi Finale (AMF Hall) : 8.45pm
- Legal Theatre (AMF Hall) : 8.45pm =Erma Fatima as vip=

11 November 2010
- It’s All about Adam and Eve (Lecture Hall A) : 8.45pm

13 November 2010
- Islamic Musical Night (AMF Hall) : 8.45pm =UNIC,ALGEBRA, GAMELAN, ZAPIN, DIKIR BARAT=

14 November 2010
- Closing Ceremony (AMF Hall) : 8.45pm =Inteam,Percussions, Silat=

For programme schedule at NIlai, kindly visit this link
Nilai event
Rafest Nilai

any enquires do PM me or post on my FB wall

spread this message! (^^,)

Friday, November 5, 2010

Episode 1: Raudhah Festival preparation & session with dean


Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung minggu 1 untuk bulan november ini. Agak sibuk juga minggu ini; kelas dah bermula, keluar masuk uia hampir setiap hari (kesian kat pegawai kena tulis memo je.haha)
Hanya tinggal beberapa hari je lagi sebelum Raudhah Festival bermula.
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Amin~

Hari Isnin tempoh hari, aku bersama barisan exco Raudhah Festival.. bertandang ke Sutra Publication, berdekatan dengan terminal kajang untuk urusan biro publisiti.... Alhamdulillah, segala publisiti seperti banner, bunting, poster dan buku program telah siap.

Hari rabu pula, aku bersama amirul faiz, biro sponsorship pergi ke PTS publication di Batu Caves dan Jemari seni di Bangi. Jenuh juga hendak mencari syarikat Jemari seni ni. rupa-rupanya bukan kat lot kedai, tetapi rumah. mereka menjadikan sebuah rumah sebagai pusat distributor. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana mereka sudi memberi sumbangan berupa novel dan juga buku-buku motivasi yang sememangnya best seller. Malam pula, ada sedikit perjumpaan dengan semua presiden-presiden kelab dan persatuan, agenda yang dibincangkan tidak lain rafest yang akan datang ini.. selepas itu,aku membantu biro pub&pro menggantung poster-poster disekitar uia. ye la kan, rasa tak sedap pula bila yang lain sibuk buat kerja, kita duduk senang lenang sahaja.

Klimaksnya adalah pada hari khamis., pada pukul 2 petang, aku bersama barisan FSCC yang lain bermesyuarat dengan dekan untuk membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan akademik dan juga kemudahan-kemudahan untuk kesenangan para pelajar. Alhamdulillah 3/4 daripada usul kami diterima dengan baik. Malam pula, keluar bersama rakan-rakan yang lain untuk mengambil segala printing yang telah dihantar pada hari isnin tempoh hari. thanks to putra haziq because willing to drive his car and help us yesterday.

Hari Jumaat, pergi ke Nilai bersama adikku. Pada asalnya kami nak menonton konsert mini FarEast, tetapi silap mata daripada Adam Eh, seorang muallaf. Agak menarik persembahan silap mata daripada beliau. Hatiku tersentuh apabila beliau terpaksa mengahadapi pelbagai dugaan setealah bergelar muslim. Dibuang oleh keluarganya.

PubPro preparation

pts publication


Rasanya setakat ini sahaja laporan mingguan tentang perihal diri ini. (makin sibuk la diriku lepas ini. Harap-harap aku boleh menguruskan masa dan strategi dengan baik)
Wallahualam~

Wednesday, November 3, 2010

Tips ICT 1: Kecilkan kb/mb imej anda!

Assalamualaikum.

Tips ini untuk pengguna yang ada photoshop sahaja.

Cuba bayangkan ketika anda sedang jenuh menyiapkan poster design, gambar dan sebagainya. Setelah berpuas hati dengan karya anda, anda save dan ingin upload hasil design anda tadi ke laman web seperti facebook, flick, deviantart dan sebagainya. Sedang ime/design anda tadi dimuat naik, muncul satu pop-up yang mengatakan "sorry, you image exceed limit" atau erti kata lain, gambar anda melebihi saiz kb/mb yang dibenarkan untuk upload. Apa perasaan anda ketika itu? Kelam kabut? Ingin mencari Image Resizer?

Jangan Risau!

Ikuti 5 langkah mudah untuk mengecilkan saiz kb/mb imej anda....


1. Bukak imej anda


2. Click File, kemudian Click Save as Web & Devices.




3. Satu window baru akan "pop up"


4. Pilih filetype yang anda mahu save. (dimana crusor berada)




5 Kemudian, tekan save (right bottom of the new window)





Mudah bukan?
Jadi, untuk mereka yang mahu "ringankan" blog anda, anda digalakkan meng"upload" gambar yang tidak terlalu besar, minima saiznya, tetapi mantap kualitinya.
Diharap secebis ilmu ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda semua.
Wassalam

Bicara Hati 1: Kategori Rakan

Bismillahirahmanirahim..

Slot ini lebih kepada luahan hati sebenarnya, setelah menganalisis keadaan disekelilingku. RAKAN..
ade pelbagai jenis rakan. rakan sepermainan, rakan sekerja. dan setiap satunya mempunyai personaliti yang berbeza. Rakan juga merupakan antara orang yang paling penting dan dekat dengan kita selepas ahli keluarga kita. orang selalu kata, ada 2 Golongan rakan:

1. Ketika senang, dia bersama kita. Ketika susah dia meninggalkan kita.
2. Ketika senang dan susah, dia bersama kita.

Tapi bagi aku ada berapa kategori rakan:

1. Ketika senang dan susah, dia bersama kita. saling bantu membantu.

2. Ketika senang bersama kita, tetapi ketika kita dilanda kesusahan, dia cuba mengelak untuk TIDAK membantu kita.

3. Ketika dia dilanda kesusahan, dia akan mencari kita untuk membantu dia. Namun, ketika dia senang, dia tinggalkan kita. sombung. Bila ditegur tak dilayan

4. Ada rakan yang hanya berkawan dengan kita kerana dia bertaruh (selalu ada dalam filem), ada yang cuba merosakkan kita dan mengajak kita melakukan maksiat. Nauzubillah.


Setakat itu sahajalah kategori-kategori yang dapat aku analisis berdasarkan pengalaman yang lepas. Kategori ini merupakan pendapat peribadi, terpulang sama ada mahu menerimanya ataupun tidak. kalau ada lagi golongan-golongan yang tidak disebut ataupun anda ada pendapat yang tersendiri, boleh beri cadangan di ruang komentar di bawah.

Wassalam..

Tuesday, November 2, 2010

Inspirasi Motivasi 1: RAUDHAH FESTIVAL! (Tips organisasi)

Logo created by Shahirun Azri, Publicity and Protocol Bureau of Raudhah Festival 2010

Bismillahirahmannirahim.

Raudhah Festival atau nama singkatannya RAFEST adalah event tahunan yang dikendali oleh FSCC (Foundation Student Coordination Council) dengan kerjasama kelab-kelab yang ada di dalam Pusat Asasi UIA ni. Raudhah Festival ini berjalan pada 1-14 November 2010 (Kampus Nilai) dan 7-14 November (Kampus Petaling Jaya). Aku telah diberi amanah untuk menggalas jawatan sebagai pengarah program(Programme Manager) bagi RAFEST sesi 2010/2011 ini di kampus Petaling Jaya.

Secara jujurnya, bukan mudah untuk menguruskan satu event yang amat besar ini. Ia banyak memerlukan kemahiran, kesabaran, dan daya komunikasi yang baik terutamanya ketika berurusan dengan committee, kelab-kelab, staff-staff dan juga syarikat-syarikat untuk tujuan sponsorship..
Walaupun amanah yang digalas ini amat berat, aku tetap bersyukur kerana aku dapat banyak pengalaman disamping menambah baik kemahiran dalam mengurus sesuatu organisasi.


Disini ada sedikit perkongsian bagaimana aku mengurus RAFEST untuk anda semua, harap dapat manfaat darinya...

Pertama, Planning is everything. Fail to plan means plan to fail. MySpace Dalam hal ini, aku banyak berbincang dengan jawatankuasa induk (Assistant Programme Manager, Secretary, Treasurer) mengenai gerak kerja (jobscope) setiap biro. Hal ini penting kerana setiap committeeWAJIB mengetahui apa yang perlu mereka lakukan. Jika tidak, mereka akan terkapai-kapai tanpa arah tujuan.Selain itu juga Action Plan perlulah dilaksanakan supaya kita tahu biladeadline sesuatu perkara tersebut. Malangnya, aku terlepas pandang untuk buatACTION PLANinduk untuk RAUDHAH Festival kali ni. so, better don't make mistake next time.MySpaceBanyakkan berbincang dengan committee anda kerana tidak semestinya apa yang anda semua lakukan itu tepat dan sempurna. Apapun, perancangan yang ada TUJUAN InshaAllah akan ada hasilnya. kita perlulah berusaha untuk merancang sebaiknya dan bertawakal kepada Allah kerana Allah yang menentukan.

Kedua, beri peluang dan kebebasan. maksudnya disini ialah biarkan committee anda lakukan kerja mereka dengan cara mereka sendiri, JANGAN MENGONGKONG & MENGAMBIL ALIH kerja mereka melainkan mereka perlu pertolongan kita. Dalam hal ini, aku biarkan sahajacommittee aku buat kerja mengikut keselesaan dan fleksibiliti mereka untuk buat kerja. Akan tetapi, pemantauan, update perlulah dilakukan setiap kali kerana ia akan memudahkan kita ketika berhubung dengan orang atasan nanti selain daripada memperbaiki kesilapan mereka sendiri.MySpace

Ketiga, Jangan terlalu menekan(push) committee dan kelab-kelab yang bekerjasama dengan anda. Secara peribadi, Aku sebenarnya tak suka kalau "anak buah" aku stress dan rasa terbeban dengan kerja mereka.MySpace ..Biar aku yang stress kerana padahnya adalah pada aku sendiri, tidak pada orang lain (InshaAllah). Biarkan anak buah anda kerja dengan releks tetapi efisyen

Keempat dan yang terakhir, jangan berfikir "anak buah aku dah buat kerja, jadi, aku bolehlah duduk lepak, releks". Anggapan itu SALAH sama sekali. "kalau tak ada kerja, pergi cari kerja". Bantu anak buah anda lakukan tugas mereka (BUKAN AMBIL ALIH). Hal ini akan memudahkan kerja anak buah anda. Dan satu lagi, buat kerja dengan pantas dan efisyen, tetapi jangan kelam kabut

Rasanya setakat itu perkongsian secebis ilmu yang ada didada ini. Inshaallah untuk post yang akan datang, akan aku beri perincian agenda yang akan berlangusng dalam RAUDHAH FESTIVAL. Inshaallah..MySpaceJazakallahu Khairan Khatira

Monday, November 1, 2010

Lensa Qalbi?


LENSA HATI


Sedikit Muqaddimah......


Al-kisah pada suatu hari sedang diri ini menghadap blog lama yang bersawang tak dicuci, terdengar satu suara kecil dalam benak sanubariku ini berkata; "ah, tutup je la blog lama, buat je blog baru yang lebih segar lagi bugar". lantas aku bermonolog dalaman "betul juga, baik buat blog baru, adakan sedikit pembaharuan, rajin-rajin update sebab banyak masa terluang dalam semester akhir (InshaAllah) di UIA PJ ni"...


Lalu aku nekad untuk menutup blog lama" Syahmi Ibrahim " dan terus mencari template2 yang mungkin sesuai untuk BLOG BARU nanti. setelah seusai mencari template yang mengikut citarasa diriku ( dalam seminggu baru jumpa template yang sesuai), muncul pula masalah baru: Nama Blog dan URL blog. Disebabkan kebuntuan minda pada ketika itulah gerak kerja blog baru ini terhenti seketika (Half-Time!).

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana ilham "Lensa Qalbi" muncul tatkala sedang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia (Gomo Klate Gomo vs Hobin Jang Hobin). Mungkin kerana frust Negeri Sembilah kalah.

LENSA : idea ini tercetus kerana minat yang mendalam dalam seni fotografi. Bagi kamera, lensa adalah segala-galanya. Tanpa lensa, mana mungkin kamera itu boleh mengambil gambar.Bagi diriku, Lensa ini boleh disimbolikkan dengan MATA

QALBI: diambil darpada perkataan bahasa arab yang bermaksud Hatiku.

LENSA + QALBI = MATA HATIKU

Ada seorang sahabat bertanya "sampai bila kau nak simpan, pendam dalam hati kau? Lambat laun kau akan muntahkannya jua"
Jadi, blog ini dibuat untuk meluahkan apa yang tersimpan di hati kepada semua pembaca dengan sedikit penapisan agar PRIVACY diri terjaga.

Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih

<-(Hijjaz: Mata Hati)-

kadang kala, apa yang dilihat dihati itu peru diluahkan, dikongsi bersama, supaya rakan-rakan boleh memberi pandangan mereka sendiri dan diri ini khuatir sekiranya pandangan hati itu dihasut oleh syaitan.


"Mata Memerhati, Akal Berfikir"

Sepasang mata yang ada ini perlulah digunakan sebaiknya; memerhati keadaan sekeliling, melihat keindahan alam. Dari pandangan mata inilah kita perlu berfikir dan menganalisis setiap kejadiaan yang berlaku disekililing kita. Yang baik kita ambil, Yang buruk kita jauhi. Apabila Mata, Akal dan Hati bersatu, lahirlah satu solusi yang tanpa kita sangka dapat membantu kita (Inshaallah). Akan tetapi, pandangan ini haruslah diteliti supaya tidak diselaputi dengan nafsu dan hasutan syaitan. Itu sebabnya tagline ini diambil untuk menjadi motto blog ini.


UNIKNYA BLOG

Ada sedikit tarikan buat pembaca blog ini. Posting-posting yang akan datang dibahagikan kepada beberapa label. Dan setiap label akan berterusan seperti "Episod 1, Siri 1, Ceritera 1" dan sebagainya.

Berikut adalah label2; yang akan digunakan:

1. Jurnal Kendiri (lebih kepada situasi yang berlaku seharian dalam hidupku)
2. Bicara Hati ( Luahan hati mengenai sesuatu perkara)
3. Ceritera Cinta (CINTA itu luas jobscopenya, Cinta Ilahi, Ibu Bapa, Rakan)
4. Inspirasi Motivasi (tips berguna untuk kebaikan diri)
5. Siri aktiviti (Aktivit-aktiviti admin)
6. Tazkirah Islami (Info Islami untuk renungan)
7. Tips ICT (Tutorial dan tips berkaitan ICT)

Sekian sahaja untuk kali ini.
Semoga kalian akan dapat manfaat (walaupun sedikit) daripada blog ini
WALLAHUALAM..




Sunday, October 31, 2010

Blog Baru: Nafas baru, anjakan paradigma diriku


Assalamualaikum, Alhamdulillah, seperti yang diwar-warkan di blog sebelum ini, telah saya buka satu blog baru dalam proses pra-matang ini. diharap blog ini boleh membantu serba sedikit diri ini untuk menjadi matang dalam menempuh alam dewasa yang kian mencabar..

Saya akan menulis dengan "skema" (mungkin ada sedikit singkatan) dan santai pada penulisan saya didalam blog ini. Inshaallah saya akan menulis dalam dua bahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,.

Memandangkan ia masih baru; blog ini masih lagi dalam proses diubahsuai agar blog ini lebih ringan dan pantas diaksess di MALAYSIA ni.

Akhirul kalam, nantikan posting saya yang akan datang.

meh tengok yang ini