Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, sekarang ni tgh cuti midbreak kat UIA. tapi aku tak rasa cuti sangat pun sebab ada 4 midterm exam menanti naik cuti nanti. namun, setidak-tidaknya dapat melepaskan rindu untuk berehat dirumah disamping keluarga tersayang. heheh.
oh, kali ini nak berceloteh mengenai sifat matang. kita acapkali berbicara mengenai sifat matang. apa itu matang?
DEFINISI MATANG
maksud matang hasi carian di google. (terima kasih pakcik google. haha) ialah adalah cara bagaimana insan-insan ini menggunakan akal fikirannya bersesuaian dengan keadaan atau situasi , tidak kira situasi apa sekali pun. Matang tidak terletak pada muka yang serious , kalau anda lihat seseorang itu berpewatakan serious tidak semestinya ia matang. Itu adalah mimik muka nya yang dilahirkan begitu , ia pun mungkin boleh tersenyum atau mengubah gambaran mukanya dari masam ke manis.
MENINGKAT USIA, MENINGKAT TAHAP KEMATANGAN? KE EGO?
penanda aras kematangan setiap insan itu berbeza. aku sangat setuju dengan pandangan "tidak semestinya usia kita meningkat, tahap kematangan kita meningkat". Ya, apabila melihat masyarakat sekeliling, aku dapat simpulkan bahawa Peningkatan Usia itu belum menjamin peningkatan tahap kematangan. tetapi apa yang pasti ialah semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi egonya.
Tanpa kita sedar, ego kita sendiri menutupi kematangan diri kita. contohnya cukup mudah. jika dilihat apa yg berlaku pada masa kini, orang2 lebih berusia sering berkata "ah, kau kecil lagi! aku ni dah banyak makan garam". memang benar apa yg diperkatakan. tetapi kadangkala anak2 muda ini berkata benar. namun, orang2 yg lebih berusia tidak menerima cadangan, idea daripada anak2 muda ini. secara tak langsung egonya menutupi mindanya utk terbuka menerima cadangan daripada orang yang lebih muda.
Itu cuma pandangan aku, seroang anak muda yang dahagakan ilmu dan penuh tanda tanya. kadang kala aku cukup kecewa dengan sesetengah insan yang lebih berusia. Mereka langsung tidak boleh menerima pandangan anak2 muda walhal generasi kamilah yang akan mencorak masa hadapan. Seharusnya mereka berfikir secara rasional dan realistik untuk menerima idea daripada kami. Bukan terus tertutup mindanya.
KAHWIN, MATANG?
Haa, ini bab favourite semua orang, termasuk aku. haha. Aku bersetuju dengan idea apabila kita berfikir berkenanan kahwin, secara tidak langsung kita mendidik diri kita untuk matang berfikir. Namun, proses ini akan terjadi apabila kita memikirkan isu perkahwinan ini secara realistik, bukan idealistik semata.
Ramai sahabat-sahabat aku sekarang ini asyik dan gemar berbicara berkenaan kahwin. Pantang ada orang timbul isu sedikit kat twitter, mula la lepas tu topik berkenaan kahwin saja sampai 3-4 pagi. Dahsyat sungguh penangan isu kahwin bagi lingkungan usia kami ni.haha
Masih aku ingat, zaman kat asasi UIA dulu, asyik fikir pasal kahwin je. semangat betul pergi kursus kahwin (belum masuk main campus lagi tuh). Tapi aku sedar, ketika itu aku berfikir tentang perkahwinan ini dari sudut pandangan seorang idealis. Hanya memikirkan kebahagian dan kehangatan bercinta selepas kahwin, siap rancang nak berbulan madu bagai. (ok, gelinya bila fikir balik =.=)
Namun, persepsi aku berubah apabila memasuki main campus ni. Apabila rakan2 aku ada yang sudah berkahwin dan juga hasil pembacaan artikel2 dan buku2 berkenaan kahwin ini, nyata terus merubah persepsi ku. Kahwin bukan idealis semata-mata. Ia perlu selari dengan pemikiran rasional dan realistik.
Bila kita berfikir secara realistik, kita akan nampak tanggungjawab selepas berkahwin itu lebih besar daripada khayalan bercinta selepas kahwin ni. Secara tidak langsung kita akan berfikir bagaimana kita nak menyara kehidupan keluarga selepas kahwin? adakah kita sudah cukup bersedia untuk menjadi "manager" dalam rumah tangga kita? dan sudah bersediakah kita untuk menjadi seorang suami, ayah, guru dan ustaz dalam keluarga kita? sudah cukupkah ilmu yang tersemat didada?
Pabila kita berfikir demikian, secara tidak langsung melatih diri kita untuk terus matang dalam berfikir dan bertindak. Saban hari gerak kerja kita akan lebih matang kerana kita tahu bahawa kita perlu persediaan yang rapi dan secukupnya sebelum layak mengemudi bahtera perkahwianan nanti. sudah tentunya kita tidak mahu bahtera yang kita kemudi itu karam ditengah lautan.
KONKLUSI
Konklusi apa yang hendak dicoretkan ini ialah kematangan kita perlu seiring dengan peningkatan usia. Dan perlu diingatkan bahawa latihlah diri kita untuk menurunkan ego kita. jangan semakin kita berusia semakin tinggi ego kita. Percayalah bahawa sifat ego dalam diri ini akan merugikan diri kita kelak.
Cadanganku untuk mengasah dan menambah tahap kematangan kita ialah dengan sibuk berpersatuan di universiti-universiti. Dan tips yang paling mudah utk meningkatkan tahap kematangan kita berfikir ialah dengan berfikir mengenai perkahwinan. Ini kerana sebelum kita kahwin, kita mesti berfikir dari aspek ilmu pengetahuan (lagi2 dalam bidang agama), pengurusan dan kewangan. Tiga element ini sudah cukup untuk melatih diri kita berfikiran matang. Inshaallah kita akan lebih berfikiran rasional dan bertindak lebih matang selepas ini.
Sekian sahaja coretan di petang sabtu yang gelap (sebab hari nak hujan) ni. Inshaallah akan menconteng-conteng lagi pada masa yang akan datang.
p/s:= Bila nak kahwin ni? eh. haha
Sembang Mesra
Saturday, March 23, 2013
Thursday, March 21, 2013
Indahnya Percaturan Allah
Assalamualaikum semua!!................ krikk krikk krikk
dah hampir setahun tak update blog. bukannya apa. waktu2 sedang sibuk dan banyak cerita yang nak dicoretkan tu la internet connection tiada. Bila dah ada internet connection bukan main lagi kering idea tahap padang pasir gurun sahara. haha
Sedar tak sedar, aku dah masuk 2nd Year 2nd semester kat UIA ni. dah banyak sangat aktiviti yang aku join, dalam UIA mahupun luar UIA. Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang aku timba daripada aktiviti2 dan program2 ni.
Rancang dan Harapan~
"Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya"
Ya, memang betul pepatah ni. kita hanya mampu merancang, namun Allah jualah sebaik2 perancang dan percaturannya sangat indah, jika kita berfikir dan meneliti.
aku memang banyak rancangan, future planning, step-by-step dan sebagainnya. dan kadangkala rancanganku tak menjadi. Namun, tatkala aku kecewa dengan segala harapan dan rancanganku ini, aku memandang positif dan bersabar kerana aku tahu segala ini adalah percaturan daripadaNYA.
"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)
Alhamdulillah, memang Indah Percaturan Allah.
tatkala diriku kecewa, DIA tunjukkan peluang yang lebih baik buat diriku.
tatkala diriku merancang sesuatu, DIA menghalang diriku utk meneruskan niatku kerna rancanganku itu mungkin memberi mudarat utk diriku kelak.
tatkala harapanku terhadap insan yg ku rasa istimewa buat diriku hancur luluh, DIA hadirkan seorang insan utk mengubati luka yg tersemat dihatiku.
Mungkin itu jawapan istikharahku, dan aku redha atas ketentuanMU.
Sungguh ku bersyukur diatas segala nikmatMU.
Kerna percaturanMU sungguh indah buat diriku.
Namun hanya DIKAU yg mengetahui apa yg akan terjadi pada masa hadapan,
Akan ku anggap ini semua nikmat dan ujian daripada TUHAN.
k, rasa macam apa je puisi bagai kat atas tu. =.=". haha.
konklusinya, sentiasa positif dan sabar atas segala ketentuan daripada Allah kerna sesungguhnya segala ketentuan Allah itu indah dan sempurna.
eh. mende aku merepek ni? k lempang diri sendiri kuat2. dah2! g study!
Inshaallah aku akan berusaha utk update blog pada masa2 yang akan datang. till then, Assalamualaikum.

Subscribe to:
Posts (Atom)