Assalamualaikum semua. lama sungguh tak update blog ni. tiba-tiba dapat idea nak tulis mengenai pusat asasi UIAM (atau nama glamour
CFS IIUM)
Inshaallah akanku ceritakan serba sedikit mengenai
CFS IIUM ni, berkongsi pengalaman selama 2 tahun di asasi ni. diharap posting kali ni dapat memberi panduan kepada semua pelajar lepasan
SPM yang masih lagi didalam
DILEMA 
dan ragu-ragu nak masuk asasi UIA ni.
Sebelum masuk UIA.
oklah, lepas SPM tu, aku ragu-ragu gak nak ambil course apa kat UPU tu. dah la kena hasut

dgn senior2/cikgu2 jgn ambil diploma, rugi. baik ambil asasi je.
ha aku pun apa lagi,
dari 1 sampai 8 asasi je. asasi um la, uitm la dan asasi uia.
tapi aku letak uia 1st choice sbb senior aku ni bersungguh2 hasut aku. cakap uia ni best la, study releks la. tapi
sebab utama aku masuk uia..... ade
nasyid. ye la, time tu kemaruk nasyid. hahaha
Alhamdulillah, bila result upu keluar, aku dpt tawaran
Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer (UIAM). Bersyukur gila. dan.dan. nak tunjuk aku excited.

aku pergi buat site visit dulu. check kat youtube, blog orang tentang uia ni. (macam korang jugak. haha)
ketika Taaruf Week (a.k.a Minggu Orientasi/haluan siswa)
time aku datang uia nak register, satu benda yang asyik
berlegar-legar dalam kepala otak aku ni;
"time orientasi mesti ada ragging, nak buli2 junior. aish2"
tapi jangkaan aku meleset sama sekali. aku dapat layanan mesra ketika registration oleh committee (dak2 uia gak la). sempoi habis, tanya apa-apa pasal uia ni, dorang jawab tanpa jemu. (wah, puji bkan main lagi). taaruf uia ni
banyak briefing (siap leh tido lagi).

tapi briefing tu semua berguna, memang rugi la kalau tak dengar. paling best malam kebudayaan. budak-budak buat show. hilang rasa penat dengar briefing je.
(
okay, time aku tak best. dengar lagu keroncong je. batch lepas aku 10/11 best. JELEZ gile!) =.="
time taaruf ni jugak la korang akan ambil
3 test.
EPT (english placement test), APT (Arabic Placement Test) dgn fardhu ain/tilawah test.
EPT: Soalan senang. tapi kena buat
arguementative essay. Alhamdulillah, aku dapat level 6 (^^,)
APT: ....................aku tak paham soalan (T.T). isi nama pastu teros blah. hahaha.
Fardhu ain : test on paper, kena igt maksud al-fatihah. aku dpt study circle (usrah).ade gak test bacaan je.
korang takyah takut pasal EPT, APT ni. exam ni cuma
tentukan korang dapat buat asasi berapa tahun. mcm aku, aku dpt buat 1thun je. tapi sebab sayang uia (kononnye), aku buat 2 tahun. tak rugi apa2 pun buat 2 tahun.
oh2. dan lagi dan lagi,
MEDICAL CHECKUP buat kat uia. xyah buat kat kelinik kesehatan. dan bwk X-RAY taw!
Study Environment
kami kat sini still panggil class/lecture, bukan kuliah ye. still blaja dalam kelas. cumanya xde ketua kelas, duty roaster, kecerian kelas yang korang selalu buat kat sekolah tu la. hahaha

lecturer kat sini sempoi-sempoi je. (tapi jgn sampai pijak kepala pulak)
bisanya setiap subjek akan ada
tutorial (mcm homework),
assignment (homework yang kena submit, biasanya dalam group),
project (biasanya dak ICT a.k.a Sains Komputer), dan
Quiz (mcm ujian bulanan la)
study kat sini memang fleksible. kadang-kadang ada break 1-2 jam sebelum start kelas seterusnya. kalau nasib baik, certain-certain hari kelas 4 jam je.

Facilities
well.. walaupun tak canggih dan tak moden mana (ye la, kampus ni da 22 tahun kot), facilities still tak menghampakan. korang patot bersyukur sbb skrg ni futsal/basketball court tengah upgrade.
pastu ada pulak
WaiFai. (tapi lembab sebab ramai student pakai). tapi oke ape. at least korang boleh on9. tol tak?
cafe plak, pergh!
murah+sedap.

sebab tu
berat badan aku
naik bila masok uia ni. =.=
(
ok, kat gombak nak kurus plak.hahaha)
kelas, mostly skrg ni kelas ada
air cond. so, memang selesa la korang nak study.
Wah! bestnye UIA! yeay! v(^0^)v
................................ok, kat atas tu agak over siket. *blushing =.="

ha, bagi aku, asasi uia ni unik. tak macam asasi lain. kenapa?
1. korang boleh
tukar apa-apa kos yang korang nak bergantung kepada qualification yang korang ada. lagi2 time taaruf week korang dah leh apply nak kos apa.
noted: bila aku tanya member-member aku kat asasi lain, dorang kata dorang tak boleh tukar kos. dah fixed. jadi korang patut bersyukur sebab boleh main tukar-tukar kos kat sini.haha
2.
Berlambak gila program woo!! sampai korang tak tau nak pergi mana. biasanya banyak talk, forum, exhibition, competition, workshop. tapi kalau nak tengok dewan uia ni penuh, pergi
talk pasal cinta, pasal kahwin. kalau datang lambat, sure tengok kat pintu je.hahaha. pastu slalu je ada artis datang (of course la bukan bunkface, etc) mcm inteam ke. depends gak la.
noted: aku sarankan korang aktif sebab banyak manfaatnya. antaranya korang boleh brush up soft skills (which is very important) bila time kerja nanti.
3. kenapa uia sediakan asasi sampai 2 tahun? sebab nak bagi korang
study rileks. tak pressure.
say no to 
macam aku semester lepas, 2 subjek je aku ambil. kelas 10 jam SEMINGGU. heaven giler.haha
pastu uia ni banyak sangat bagi chance kat student dia. kalau kena tendang, boleh buat rayuan balik. dan kalau fail subjek, repeat subjek tu je. bukan repeat kesemua subjek yang korang ambil.
noted: bersyukurla korang dapat uia sebab kat asasi /matrik, mostly member aku cakap dorang takde life. sibuk sangat study.
4. pasal outing pulak, korang boleh keluar hari
jumaat- ahad. oh2. dgn hari selasa (pasar malam). yang ni standard la kot.
5. pasal barang plak, toksah risau sebab kiosk kat uia ni ade macam2 barang. tambah2 lagi ade student buat
bisnes jual topap la, baju la, sosej la, nasi lemak pun ada time malam2 kalau cafe da tutup.
6. dah
kompem2 degree dalam tangan.

kalau result korang baik la... sbb uia mmg dah sediakan tempat untuk korang time degree nanti. tak macam pasum/asasi uitm. korang kena apply UPU balik. leceh tak?
7. dapat
ELAUN! ha. sama je ngn matrik n asasi lain, dapat elaun dr government
Alamak uia...potong steam arr.. =.="
1.
Hati-hati dengan pak guard. dorang ni strict siket. tapi x semua pak guard strict. ade je yang friendly. korang buat baik dengan dorang, dorang buat baik pulak.
2. lumrah manusia, tak semuanya baik. still ade gak hati busuk yang masuk uia ni, buat hal.
korang kene jaga la barang2 peribadi korang coz ade je kes mencuri.

(kat mana2 u pun sama).
nak buat macam mana kan..manusia. tapi Alhamdulillah la, sepanjang aku kat uia, xpernah ada barang aku yang kena curi.
3.sistem uia ni kadang-kadang ngeng siket.

lagi2 time nak tengok result. kompem2 jam. (rileks ar, mcm la korang xleh tgk result tu hari2 berikutnya)
4. takleh bawak kenderaan....

(xyah bawak pun. kelas dekat je)
so?? nasihat aku? konklusi?
aku cadangkan korang
masok je la uia. bersyukur tau sebab
tak ramai yang dpt masok uia. setakat hari ni je, dah
300++ surat rayuan dihantar oleh parent/students sendiri nak masuk uia. tu belum lagi tok hari2 akan datang.
dan bila korang dah masuk uia nanti:-
1.Tolong la
jadi student aktif, bukan pasif.
masuk je organization2 kat uia ni. sapa2 yang pernah jadi pengawas/ketua pengawas, aku galakkan korang masuk majlis perwakilan pelajar kat uia ni atau
FSCC. banyak info/ pengalaman yang berguna untuk korang dan berguna untuk hari2 mendatang. (aku ckp ni sbb aku naib presiden FSCC).
ade gak,
MRC (mahallah representative committee),
FRC (facilitator representative committee).
ni antara kelab tertinggi kat uia la. senang cite, istilah dak2 skola ni, FSCC mcm bdn pengawas. MRC ni pengawas asrama. dan FRC ni mcm badar la.
byk lagi kelab2 kt uia ni. join je.
2. Tolong la
organize diri sendiri. memang la boleh bawak laptop. tapi
jangan hanyut layan drama korea, main PES, DOTA, CS sampai study terabai.
3. Jaga diri leklok ye!! ahaha
rasa2nya tu je kot. nanti ape2hal aku update ye!
oh2. ni ade beberapa snapshot yang aku
sendiri ambil kat uia ni
p/s: tak kisah la korang nak amik gambar ni ke tak. tapi jgn sesekali korang ngaku ni gambar yang korang tangkap. oh2(yg gmbr paintball ngn basketball tu tak la, kredit to afiq fadhli & amin aleman)