Sembang Mesra

Monday, September 9, 2013

Kadang kala...

kadang-kala aku rasa penat
namun rasa penat inilah yang mengajar aku 
erti kepayahan, dan menguji keikhlasan diri ini

kadang-kala aku rasa lemah
namun  perasaan lemah inilah yang mengajar aku 
bahawa aku memang perlukan DIA

kadang-kala aku rasa tertekan dan marah
namun tekanan itulah yang mengajar aku 
erti sabar dalam menghadapi ujian

kadang-kala aku rasa kecewa
namun kekecewaan itulah mengajar aku 
makna redha dan berlapang dada

aku bersyukur
atas nikmat yang telah ENGKAU curahkan kepadaku
Sungguh nikmat dan rahmatMU sentiasa datang tanpa diduga

aku bersyukur
kerna aku didampingi insan2 yang memahami
yang sentiasa membuat diriku bahagia

kita akan sentiasa diuji olehNYA
kerna ujian memantapkan lagi iman kita 
kita akan sentiasa belajar hingga ke akhir usia
kerna Life is a process of learning

Ingatlah bahawa kita ini adalah sebaik2 kejadian
jadi pelajarilah makna kehidupan
kerna hidup ini penuh dengan warna
yang membuatkan diri kita ini istimewa
sama ada kita sedar atau tidak

meh tengok yang ini