Sembang Mesra

Thursday, June 27, 2013

FeNas: Memori Tercipta

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 21-23 jun 2013, telah berlangsungnya Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Kebangsaan kali ke-9 (FeNas) di Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, Kedah. Subhanallah, sungguh banyak kenangan manis yg tercatat dlm sejarah hidupku di sana. Ini merupakan kali ke-3 aku mengikuti FeNas peringkat kebangsaan.

Alhamdulillah, aku berpeluang utk menjadi  juru touch-up perkusi bagi kumpulan NurRahman drpd SMKA Kerian, Perak. Jadi tahun ni aku bias ke arah perak sikit la. hehe. Aku bersyukur diberi peluang utk melatih sekolah ni kerna ini kali pertama au arrange rentak perkusi utk sekolah. aku sedar masih banyak lagi yg perlu dipelajari. Terima kasih tak terhingga kepada Asyraf Tintapena, seorang sahabat drpd upsi yg mmg sekepala dgn aku kerna sudi mengajak aku utk turun train NurRahman.


Tahniah adik2 NurRahman

Aku train NurRahman ini x lain hanyalah utk NurRahman itu create identiti sendiri, tidak terikut2 dengan khairan drpd sbpi kubang pasu dan izdan drpd maahad muar. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerna misi tersebut tercapai akhirnya. Sepanjang aku bersama mereka, banyak kenangan yg aku xboleh lupakan. dorang ni semua best, cumanya confidence level mereka ni sgt rendah. apatah lagi apabila bertemu dgn idola mereka si Khairan tu. aku la antara pemberi semangat dan motivasi kpd merka.

Dan syukur tak terhingga apabila NurRahman mendapat tempat KETIGA utk FeNas kali ni. Alhamdulillah! sungguh ku tak sangka. ye la, NurRahman ni baru 1st time masuk kebangsaan dan dpt no-3. bagi aku itu satu rezeki yg tak terkira drpdNYA. Syukran juga kpd Ustaz Azlan kerna memberi kepercayaan kpd aku utk re-arrange percussion NurRahman


SAHABAT

Barisan trainer2 dan utubers yg hanya setahun skali je dpt berjumpa
Aku berjumpa ramai sahabat2 disini, dimana hanya setahun sekali je berpeluang utk bertemu dgn mereka. Syukur tak terkata kpdNYA kerna percaturanNYA yg cukup indah. Aku dpt berkenalan dgn trainer2 dan juga youtubers yg datang dari segenap pelosok tanah air, termasuk sabah.

sepanjang aku disini juga aku sangat merasai kemanisan ukhwah yg tercipta diantara kami. aku juga berterima kasih kepada Hafiz A. Rahman, atau Hafiz Saujana atau Hafiz Qursany kerna menjadi peneman setia aku utk turun ke Perak dan sudi menumpankan kami utk menginap di hotel dia. Hafiz Qursany ni train wardatuddiniah, satu2nya team gadis2 dari Melaka.

Mengenali Hafiz Qursany ni, aku sgt kagum dgn kebolehan dirinya bertarannumm. seorang rakan yg setia dan kadang2 tu masuk air jugak. haha. Mengenali asyraf tintapena plak, dia seorang sahabat yg baik dan memang sekepala dengan aku. banyak persamaan pulak tuh. haha. Dan apa yg paling membanggakan adalah apabila Hafiz Qursany mendapat anugerah Lagu Tema Terbaik dan Asyraf Tintapena mendapat anugerah Lirik Sukatan Pelajaran Terbaik. Aku bersyukur kerna berada disisi insan2 yg sgt hebat.

Tgh (Hafiz) Kanan (Asyraf). Tahniah buat meraka!


Sungguh tak terkira kenangan pahit manis di sini, bersama Bahagian Youtubers Pendidikan serta adik2 dari wakil setiap negeri, aku sgt bersyukur kerna masih diberi peluang utk bersama mereka. Inshaallah mungkin akan bersama mereka lagi utk Bintang Mu'min kebangsaan pada bulan 11 nnti.

Geng  Bahagian Youtubers Pendidikan yg tak jemu2 upload vid nasyid. hehe

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)

Tuesday, June 18, 2013

Percutian ke Bali



Assalamualaikum semua! lama betul tak update blog ni.
Alhamdulillah. pada 13 jun 2013- 16 jun 2013, aku di beri kesempatan utk melancong ke bali bersama ayahku. kiranya dating berdua je la ni. memang banyak kenangan manis kat situ. Kat bali juga aku belajar bagaimana manusia2 di luar negara ni menjalankan aktiviti seharian. Dan bentuk muka bumi bali mmg cukup indah, hasil ciptaan Yang Maha Esa. Picture tell the story, jadi sambil2 update blog ni aku tunjuk la gambar2 menarik. ye la, kalau cerita je korang tak dapat bayang mcm mana pemandangan kat sana. hehe



Sebermula Perjalanan

Pada hari pertama, sejurus sampai ke Airport Ngurah Rai, mas guntur (supir kami) terus bawa ke selatan bali. Bali ni macam negeri jugak la. Dan dia terus bawa ke Garuda Wisnu Kencana (GWK). Di GWK, khabarnya nak buat patung dewa hindu yg terbesar didunia. Namun dah 7 tahun masih lagi 20% siap. mungkin sebab kekurangan dana. kat sini kalau nasib baik dapat la tengok persembahan tarian yang diiringi dengan alunan musik daripada gamelan bali. Bagi aku, kalau nak pegi sini better tunggu dah siap. kalau tak, macam rugi je.

antara patung GWK
apa tengok2. haha




















Seterusnya kami ke padang2 beach. Subhanaallah, pantai kat sini memang indah. dan nak ke pantai ni bukan main tinggi tangganya. aku pun tercungap2 bila nak naik atas balik. dan kat sini jugak kena lalu satu lorong "gua". tapi besar mana saiz badan pun, still boleh lalu jugak. hehe. Tapi ramai gila mat2 dan minah2 salleh kat sini, aku terpaksa tunduk pandangan. *eceh.

Padang-padang beach
Dan lepas tu, kami ke uluwatu. Ni antara tempat wajib bagi pelancong yg datang ke sini. kalau nasib baik, bole tengok sunset kat uluwatu ni. tp time aku pegi tu penuh berawan. jadi aku snap gambar mana2 yg aku rasa nice je la. dan lepas tu kami tengok kecak dance yg terletak kat uluwatu ni jugak. Kecak dance ni tarian yg diiringi dengan musik "acapella". kecak dance ni cerita tentang kisah epik lagenda2 hindu suatu ketika dahulu. Dan Mas Guntur kata, sepanjang dia bawa orang kat sini, time kecak dance tu tak pernah langsung hujan. kat area parkir kereta hujan kemain lebat. mungkin pawang2 hindu ni guna kuasa "magis" tunda hujan kot.

kecak dance


Uluwatu



monyet ni suka kacau orang.haha












Lepas tu kami terus bergerak ke Rosani hotel, tempat kami menginap. kat hotel ni tak da cerek elektrik, so buat rugi je bawa meggi hotcup sekali. ceh. haha.













Hari Kedua

Pada hari kedua, kami ke belah timur bali, dimana kami menyaksikan gunung kintaman, rice terrace dan area2 Ubud. Sebelum kesana, kami menyaksikan barong dance. aku pun tak paham sangat cerita ni sebab datang 5 minit lewat dan tak baca sinopsis. haha. dan barong dance ni memang tak sesuai dengan kanak2 sebab terdapat beberapa unsur lawak lucah yang tak sesuai dengan golongan bawah umur

Barong dance, dop pahe sero
kebal ni.
lepas tu kami terus berangkat ke ubud. Sebenarnya selain bercuti di bali, aku juga mempunyai misi tersendiri. Dan pada hari kedua ni, aku bertandang ke kedai2 perkusi. ha! ni la misi aku sebenarnya. beli percussion. Alhamdulillah. dapat gak djembe sebijik. rezeki Allah bagi kali ni. dah bertahun2 mengidam nak ada djembe sendiri. akhirnya terlaksana. memang kena jaga dengan baik lepas ni. hehe.

rambang mata woo!














Lepas tu terus ke gunung kintamani, salah satu destinasi wajib bagi pelancong. Subhanallah, cukup indah pemandangan disitu, disamping menikmati lunch dan angin2 sejuk ala2 cameron kat situ. Kat situ juga, jumpa alumni UIA yang sedang berhoneymoon. hahaha. memang tak boleh lari daripada uia la aku ni =_="

lunch di kintamani
background tu gunung kintamani dan gunung... tak ingat

rice terrace
dah lunch dan solat kat situ, kami turun bukit, singgah rice terrace. tapi malangnya kami pergi lepas musim menuai, jadi tak dapek la den nak nengok padi masak atas bukit ni ha. time turun dari kintamani ke ubud, aku singgah kedai perkusi jugak. pastu aku nampak tank drum. memang tak ada kat malaysia tank drum ni. terus aku beli. aha. pada sebelah petang, kami berjalan kat pantai kuta pulak. nice scenery dia ;D

Hari Ke-3
Ayah jadi model. hehe
posing kat hard rock bali dulu. hehe




















Pada hari ketiga, kami berangkat ke utara bali. Kat sana, kami hanya sempat pegi tanah lot dan royal temple mengwi. nak pegi tengok temple tergantung ulu danun bentan, tapi cuaca tidak mengizinkan. Lama betul kami kat tanah lot, dalam 3 jam mcm tu. pemandangannya subahanallah. cukup indah! dan aku agak cuak jugak la dengan ombak2 kat tanah lot ni. deras2 belaka. lepas tu kami ke royal temple mengwi. kat sini aku berjumpa dengan syahir dan saddam (member uia). dorang tengah buat heritage visit kat bali ni selama 9 hari. lama jugak la. syahir pun beli gak djembe kat sini. tapi dia punya custom made la. aku punya djembe memang dah ready made.
Tanah Lot

Royal Temple Mengwi

Di Tanah Lot lagi

Hari terakhir

Da final day kat bali. hari ni takda apa aktiviti sangat, just pergi pantai nusa dua je. Area nusa dua ni merupakan area2 yg menteri2 atau ahli politik luar negara beristirehat. kat sini semua hotel 5 bintang. dah puas2 pusing kat situ, kami pun bertolak ke airport jam 5.30petang. memang lama gila kat airport sebab flight pukul 9.30 malam. memang berguling2 la aku kat airport tuh. haha

Pantai Nusa Dua
Memang seronok pergi bali ni. kalau nak pergi honeymoon memang sesuai. aku dah spot beberapa tempat2 romantik kalau nak pergi dgn wife nanti. hehe. Oh ye, kalau nak pergi bali, better pergi sendiri, bukan dengan travel agency sebab kalau dengan travel agency, korang akan ada limit masa utk melawat ke sesetengah tempat. kalau pergi sendiri dengan servis supir, korang bebas nak kemana2, siapkan itenary sendiri. Alhamdulillah aku dapat supir yang cukup bagus, banyak membaca dan tahu pasal hukum2 agama. dia muslim dan geng2 pak ismi gak (pak ismi ni femes dalam kalangan bloggers yg bercuti kat bali). kalau berminat, boleh hubungi abang guntur (+628174709817) waksap je, senang. email aku tak ingat plak. haha
Pantai Nusa Dua

well, ni antara coretan tentang bali. Inshaallah aku akan berusaha update utk past2 event plak. jumpa lagi. Assalamualaikum!

meh tengok yang ini