Sembang Mesra

Thursday, August 16, 2012

Ifthar bersama Komuniti Teman Inteam

Assalamualaikum semua.
Entry kali ni just nak update iftar KTI je.
saja nak update walaupun event ni da lama berlalu.

Alhamdulillah pada 5 ogos haritu,
Telah berlangsungnya ifthar Komuniti Teman Inteam yg bertempat di pejabat Inteam Record.
Aku pergi bersama Hafizi Azmi dan Umar Mukhtar (nak pomot nama korang.haha)
Lama betul x berukhwah dengan geng KTI ni. bila berjumpa mcm2 cerita ada.

majlis bermula dengan kedatangan ahli2 KTI, kemudian bacaan tahlil sebelum iftar, selepas selesai solat maghrib berjemaah, kami dengar tazkirah daripada akh Shah Inteam. Dan terus solat isya' dan solat tarawih.
lepas moreh plak ada cabutan bertuah. Alhamdulillah, aku dpt 2 CD free :D

Sebenarnya seronok sangat bersama ahli2 KTI ni dan kalau ikutkan, ramai lagi ahli KTI.tetapi malangnya mereka xdpt menghadirkan diri. Inshaallah kalau ada rezeki boleh jumpa lagi program akan dtg

Oh2. dan aku da beli cd Al-Mawlid. sangat2 berbaloi beli. xrugi :D

Meh usha2 gambar sepanjang program.
CD Al-Mawlid! berbaloi!!!!



credit to Hafizi Azmi (alwan pelangi), akh Shahreal utk gambar2 :D

Sunday, August 5, 2012

Musibah Ramadhan: Beg hilang!!

Assalamualaikum semua 
Alhamdulillah, sedar x sedar kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini; 16 Ramadhan. tinggal 14 hari saje lagi utk kita melipatgandakan pahala kita.

Hari ni aku nak bercerita tentang musibah yang melanda diriku semalam. Beg aku hilang!Yang paling menyedihkan aku, kejadian ini berlaku didalam masjid UIA ketika sedang solat zohor berjemaah. banyak benda penting didalam beg tu. untuk makluman semua, didalamnya ada Laptop, 2 external hard disk, charger battery afiq (sori xgtaw ko lagi. T^T), GPS ibu dan pencil case.
*banyak jugak item dalam tu rupanya.

haa.nak tahu kisah? meh sini aku cerita

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Kisah

Kisahnya bermula begini, pada jam 11 pagi, aku ke Library atas permintaan rakanku untuk membantunya memahami subjek ICT. dia exam hari ni (good luck!! :D). Jadi aku pun bawa beg galas tu bersama sebab aku rancang nak study dan siapkan projek kat library selepas zohor.

Setelah selesai membantu rakan aku tadi, aku ke masjid SHAS tercinta untuk menunaikan solat zohor. Ketika aku bersiap untuk solat berjemaah, aku letakkan beg aku di celah tiang masjid tu. (tiang tu kat belah kiri imam, 3 barisan dari hadapan). dengan erti kata lain,aku letak beg tu kat belakang.

Seusai solat zohor berjemaah,aku sambung solat sunat sebab masih ada orang lagi yang sedang bersolat kat belakang aku. Habis solat tu, bila aku toleh ke belakang, beg tu dah..... hilang!!

aku cuba bersangka baik time tu, (sampai sekarang) yang beg tu ada orang terambil. Ada gak la dalam 15 minit aku keliling masjid tu.last2, aku pergi security untuk buat laporan.
Abang tu kata sejak akhir-akhir ni memang berlaku kejadian kecurian kat masjid. minggu lepas, senior sekolah aku, amal syakir pun turut menjadi mangsa keadaan. beg dia kena curi ketika dia sedang tidur kat masjid tuh. dan beg tu kemudian dijumpai di LRT KLCC. Takziah diucapkan.Minggu ni giliran aku pula yang menjadi mangsa.

Inshaallah isnin ni aku akan buat laporan polis.sekiranya beg tu memang dicuri, aku berharap polis dapat tangkap sindiket2 ni.

Sekiranya betul beg aku dicuri, aku sangat sedih. Bukan sedih sebab kena curi, tetapi sedih sebab pencuri tersebut tertutup hatinya di bulan Ramadhan ni. Dan paling menyedihkan, kejadian berlaku didalam Rumah Allah! Walaupun syaitan kena gari, masih berlaku kes-kes sebegini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat Yang Berkenaan


Kalau sesiapa yang terambil beg tu, tolong pulangkan ye. banyak sangat benda penting dalam laptop dan hard disk tuh. Inshaallah Allah akan membalas jasa baik anda.


Kalau siapa yang mencuri tuh, aku doakan agar pintu hati kau terbuka untuk bertaubat dan insaf. tak guna aku nak marah,nak maki hamun.boleh kurang pahala puasa ni.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran

apa yang merisaukan aku ialah data-data dalam laptop dan hard disk tu.aku cukup risau sekiranya maklumat dan data didalamnya disalah gunakan sehingga mengundang fitnah terhadap diri aku.

Namun, Aku redha dengan musibah yang berlaku ni. Aku anggap ini satu ujian daripada Allah.  Mungkin Allah nak menguji sejauh mana kekuatan iman dan taqwa aku. mungkin juga Allah nak tarik nikmat aku disebabkan dosa2 yang telah aku lakukan sebelum ini. Aku hanya mampu berdoa agar diampunkan dosa-dosaku yang lepas. muhasabah diri semula

Bila difikir semula, ujian aku ni tidak seberat insan-insan lain yang kehilangan kereta, rumah kena pecah masuk dan lain-lain. Jadi, tidak ada alasan untuk aku merungut, meratapi kehilangan beg tersebut.

aku cukup terkesan dengan komentar sahabat di IIUM Online ni:-


Ya, aku patut bersyukur seperti apa yang dinasihati oleh irfan ni. Syukran ya akhi :)


Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan. Sangat terharu dan rasa sungguh bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang memahami dan mengambil berat akan diri ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
apabila kita ditimpa musibah, jangan cepat melenting atau terus menyalahkan orang lain. sebaliknya kita perlu terus bersabar kerana ini merupakan salah satu ujian daripada Allah keatas hambaNYA

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan di UIA

Assalamualaikum semua! 
*semangat pagi2 ni >.<

Sedar tak sedar, kita dah masuk hari ke-15 Ramadhan. *cepatnya!
Jom kita sama-sama semak balik amalan/mutabaah amal kita.
Meningkat? Alhamdulillah
Menurun? Tingkatkan motivasi
Sama je macam tahun lepas? haa.kena banyak muhasabah diri

Bila muhasabah diri balik, still banyak lagi amalan yang aku belum topup lagi. harap aku boleh terus bermotivasi untuk mengejar pahala yang diberi ganjaran oleh ALLAH. Inshaallah

Ramadhan di UIA Gombak

ini adalah pertama kali aku berpuasa di UIA Gombak. suasananya agak berbeza dengan CFS. mungkin kerana student tak ramai. Alhamdulillah, sepanjang berpuasa di sini, aku berasa tenang dan bertenaga.hoho

Sepanjang bulan Ramadhan kat UIA ni, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah banyak melakukan program dan aktiviti untuk menambah amalan kita. ye la, waktu ni je ramai orang nak beri'tiqaf di masjid, berlumba-lumba mencari kebaikan kan?

Sehingga harini, aku belum berpeluang untuk solat sunat tarawih di sini. Bukannya apa, tiap-tiap malam aku bersama Asyraaf Azahari akan solat di masjid-masjid di area Gombak ni. Tiap-tiap malam berbeza masjid. Alhamdulillah,aku berpeluang merasai suasana-suasana masjid2 yang sentiasa hidup dalam bulan Ramadhan ni.
*malam ni nak pergi masjid mana ye? :D

Bersahur wa berbuka
setakat ni, aku cuma bersahur dengan 3 biji kurma dan air suam je. nak jugak merasa bagaimana para sahabat dahulu hanya makan kurma dan minum air suam je. Setakat ni, aku tak ada masalah. rasa sihat je,badan rasa ringan. *baru lepas jalan kaki pusing satu uia.haha

aku hanya makan lepas tarawih je. itupun dengan kuantiti yang sedikit.
reason aku berbuka dengan kurma dan air suam je sebab tanak badan rasa berat dan malas nak solat tarawih nanti, lagipun perut kita kan kosong/berangin dari pagi sampai berbuka, jadi waktu maghrib tu seelokknya memberi peluang kepada perut kita untuk mencuci toksik-toksik dan asid dalam badan.

Bazar Ramadhan
haaa. kat uia ni bazar ramadhan dia 6 khemah je.sikit. mungkin sebab short sem kot. tapi sekali je aku beli juadah kat situ.lepas tu just lalu lalang ja.haha
nak dibandingkan dengan CFS dahulu, bazar kat uia ni sedikit hambar la. CFS jauh lagi meriah.
namun,aku tak kisah pun bazar ramadhan ni. bukannya pergi pun.da jimat duit. kalau membeli belah nanti takut membazir

Sekian sahaja update aku untuk hari ni. *update kosong sebab taknak tidur lepas subuh.hehe

Sekarang ni kita berada dipertengahan fasa kedua Ramadhan; fasa pengampunan. beberapa hari saja lagi kita akan memasuki fasa terakhir; dijauhkan dari api neraka. di fasa terakhir juga kita akan bertemu malam Lailatul Qadar. ayuh kita gandakan usaha!!!

Friday, August 3, 2012

Kemalangan Maut dalam UIA Gombak

Di-edit pada jam 4.18 petang.

Bismilliah. Assalamualaikum semua.

Al-Kisah...
pagi ni,lepas selesai solat subuh di masjid SHAS tercinta, aku, asyraaf dan piji pakat nak bersiar2 keliling uia.nak ambil fresh air sambil berjalan kaki. sampai depan CAC, aku terbaca tweet rakan aku yang ada accident depan KAED. well, aku ingat accident biasa la kete langgar bumper kereta, maksud aku, tak ada kecederaan serius. Bila sampai ditempat kejadian............

nampak Bas dan Van JPA3
Aku nampak bas, 2 ambulan dan satu kereta polis. lepas tu aku tanya makcik cleaner yang berada kat bukit parking kereta KAED tu. dia kata rakannya dilanggar bas dan meninggal di tempat kejadian. Dan mayat masih lagi berada disitu.
Jadi aku pun cross jalan utk melihat situasi dengan lebih jelas.



Menurut saksi kejadian, setelah menemu bual makcik cleaner dan pak guard (mcm reporter plak),
Kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi. Bas mangsa berhenti di simpang CAC. kebetulan ada satu lagi bas di belakang bas tersebut. Kemudian mangsa dan 2 orang rakannya melintas jalan di hadapan bas yang berhenti di simpang CAC tu.  disebabkan faktor "blind spot", driver bas yang memotong bas yang sedang berhenti tu tidak perasan makcik cleaner dan rakannya yang hendak melintas. dikatakan 2 orang rakan mangsa terselamat daripada dilanggar (dengar cerita betul2 sipi bas).

Apa yang aku cerita ni bersumberkan pak guard yang awal tiba ditempat kejadian, serta beberapa orang makcik cleaner yang menjadi saksi ketika kejadian ini berlaku.
orang kata picture tell the story. jadi aku upload beberapa gambar lokasi kejadian.





polis forensik tiba agak lewat menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalu lintas di hadapan CAC.
Semoga roh makcik ini ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.meninggal pada hari jumaat di bulan ramadhan. Al-Fatihah. Makcik ni berasal dari indonesia, beragama Islam dan meninggalkan seorang suami dan 3 orang anak (saya xpasti betul atau tidak berapa bilangan anak itu). Takziah diucapakan buat keluarga mangsa.
*sebak tengok suami mangsa menangis.


PENGAJARAN
1.Bas sepatutnya berhenti di bus stop yang disediakan. Apa yang berlaku pada pagi ini ialah bas tersebut berhenti di simpang masuk CAC. Pemandu bas kena aware dengan hal ini kerana ia boleh menganggu kelancaran trafik. saiz bas yang besar boleh menjadi faktor utama blind spot pemandu yang lain.

2. Pejalan kaki seharusnya lebih berhati2 ketika melintas. ada je yang selamba melintas jalan tanpa menghiraukan kelajuan kereta/motorsikal.Aku tak tahu kisah sebenar daripada rakan mangsa yang melintas bersamanya.jadi aku tak boleh buat assumption sebarangan.

3. Semua penunggang motorsikal mahupun pemandu kereta/bas/lori seharusnya lebih mematuhi had laju dalam universiti. Rata2 pemandu kereta dan penunggang motorsikal dalam uia ni bawak agak laju dan membahayakan. *dalam kes ni, driver bas tak boleh dipersalahkan 100% kerana dia tak bawak laju.kalau bawak laju, mungkin 2 orang rakan mangsa pun maut sekali.

*latest info, pemandu bas disahkan tidak bersalah


Sedikit nasihat,kalau kita  tidak berada ditempat kejadian atau tak tahu kisah sebenar,jangan terus buat assumption sendiri kerana pemalsuan fakta boleh berlaku. Sebab itu aku cuba mengumpul seberapa banyak maklumat berhubung kejadian ni. dan majoriti menceritakan kisah yang sama.


Semoga kita ambil pengajaran daripada insiden ini. Kita tak tahu bila ajal kita dan bagaimana kita mati. Semoga kita lebih terus berusaha menambah keimanan dan ketaqwaan diri kita. 
Assalamualaikum.

Thursday, August 2, 2012

Short Semester di UIA Gombak

Assalamualaikum semua! 

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan bersemangat untuk menaip di waktu pagi ni. (roomate yang lain semua tengah sedap tidur =.=)

entry ini ditulis sambil layan nasyid sekolah
.haha ini merupakan entri ke-2 semenjak setahun blog ni tak aktif. kalau nak bagi alasan tu, 1001 alasan boleh bagi. Tp Inshaallah, kali ini aku betul-betul berazam nak beristiqamah mengupdate blog aku paling kurang 2 post sebulan. ok tak? *mohon jadi kenyataan >.<"

 So, entry kali ni aku nak berceloteh (amboi bahasa) tentang short semester di UIA Gombak, dimana ini kali pertama aku ambil short semester (sebab kat CFS dulu tak ambil). Apa yang aku dapat simpulkan, memang betul orang kata short semester ni bosan. Tapi aku bernasib baik sebab short semester ni aku manfaatkan masa sebaiknya dengan beraktiviti dan berprogram (soSyahmi).

Study? 
Short semester ni aku ambil 2 subjek, System Analysis Design (SAD). memang betul orang kata,sedih subjek ni.kena dengan abbreviation dia.haha. bukannya sedih apa, banyak sangat nak kena baca. *muntah kurma aku. Satu subjek lagi Foundation of Qualitative Analysis (FQA). Subjek ni agak menarik sebab bermain dengan statistik. Alhamdulillah so far aku cemerlang la dengan FQA ni.(poyonya bunyik) hhehe. Both subjek ada projek nak kena siapkan. harap dapat siap sebelum minggu depan.

Cultural Activities? 
oh ye. dah setahun aku tak update blog ni. just nak bagi tau yang sekarang ni aku masih bercultural di uia gombak.meneruskan kesinambungan bercultural di cfs dahulu. di sini banyak sangat kelab cultural. setakat ni aku masuk dua kelab; perkusi dan angklung. aku join kelab perkusi sebab nak bagi mantap skill percussion disamping tambah ilmu baru. Angklung aku join sebab nak cuba instrument baru. best apa main goncang2 angklung. hehe. Short semester ni kurang sikit dengan kelab angklung sebab sibuk dengan kelas asuhan seni di istana budaya. (tambah ilmu lagi). sekarang ni pun tengah sibuk training untuk show taaruf week semester 1 nanti.

 Convest 2012 
Alhamdulillah, aku terpilih untuk menjadi salah seorang committe untuk convocation fiesta yang akan diadakan pada bulan 10 nanti. Tanggungjawab aku agak berat sebenarnya. kena handle program Explorace. aku bersyukur kerana dipertemukan dengan insan2 yang hebat dan berpengalaman dalam membuat program. Inshaallah aku akan build chemistry among committee members so that program ni akan berjalan lancar. it's normal la kalau nak buat program ni ada masalah.namun masalah-masalah sebeginilah yang menyatukan kita semua.Inshaallah.

Ramadhan 
waktu short sem ni aku mengharungi ramadhan pertama di gombak. Alhamdulillah,tetamu yang paling ditunggu sudah tiba. sekarang ni pun dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Aku sangat-sangat berharap yang ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada ramadhan tahun lepas. Alhamdulillah, setakat ni aku tak pergi pun bazaar. hanya bersahur dan berbuka puasa dengan minum air suam dan kurma. setakat ni aku masih bertenaga untuk meneruskan ibadah aku. =)

Suasana short semester
 UIA gombak agak sunyi waktu short semester ni. lebih aman rasanya sebab tak ramai yang ambil short semester ni.hehe.Tenang je rasa. ha.setakat tu la celoteh aku kali ni. (bukan ada manfaat kot).. Just nak sharing experience aku kat sini. (posting warm up la katakan) Inshaallah aku akan kerap berposting lepas ni. doakan aku ye =)


 *salah satu sebab aku malas nak update blog; makan masa.ntah apa yang buat aku ambil masa yang lama nak update satu post.

Sunday, July 1, 2012

Debat dan Nasyid

Assalamualaikum semua!!
*krik..kirk..krik.....

oh ya, blog yang bersawang mana ada pengujung sangat. haha (sedihnya..wuwuwu TT^TT)

Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang buatku untuk terus bernafas sehingga hari ini.
2 minggu kebelakangan ini, aku mengikuti 2 program, dimana kedua-dua program ini agar besar tarafnya.
seperti biasa, aku sangat menghargai pengalaman yang dapat aku timba sepanjang 2 program ini berlangsung. ha nak tahu tak program apa yang aku ikuti ni?
 (terang-terang da tulis sebagai tajuk posting =.=)


Debat Antara Sekolah UIAM

Sekolah aku, SBPI Gopeng telah terlibat sebagai peserta untuk debat yang berprestij ni. kebetulan tarikh hari kejadian jatuh pada waktu cuti semester. jadi, aku berkesempatan untuk menyokong mereka.
Alhamdulillah, pusingan awal sekolah aku menang kesemua pusingan. tetapi malangnya tewas di suku akhir menentang SBPI Kuantan. dan keputusan akhir debat bahasa melayu, SDAR menang menentang SBPI Kuantan. 

aku agak kecewa kerana sekolah aku kalah "bodoh", hasil kesilapan pendebat sendiri. mereka blurr dengan tajuk yang diberikan.adoi..

takpa lah, dah takda rezeki kan. namun, banyak update terkini yang aku dapat dari cikgu Suhaimi, cikgu yang paling aku hormati dan paling aku rapat di sekolah dulu. pelbagai cerita,ilmu dan pengalaman yang menarik yang dikongsi oleh cikgu. aku sangat menghargainya. terima kasih cikgu! =)

oh ya, tahniah buat semua komiti yang kebanyakannya rakan aku yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan yang berprestij ni =)

Festival Nasyid Kebangsaan KPM 2012

Alhamdulillah, rabu lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri festival nasyid kebangsaan yang berlangsung di kelantan. aku bab2 nasyid ni memang bersemangat nak pergi. lagipun aku dah berjanji dengan member aku dari tahun lepas lagi yang aku nak datang menghadiri festival nasyid ni. aku sanggup ponteng kelas sehari demi mengikuti perkembangan nasyid ni.

apa yang aku boleh komen, saingan tahun ini tak sesengit tahun lepas. namun, banyak peningkatan dari segi susunan perkusi. auditorium pun lebih selesa berbanding dewan maahad muar tahun lepas. ada air cond gitu.haha. dan aku begitu kagum dengan kumpulan al-ikhwan dari sarawak. persembahan yang unik, susunan harmoni setaraf universiti. pendek kata, aku seperti sedang menonton persembahan daripada pasukan universiti ketika kumpulan sarawak ini membuat persembahan.

seperti yang dijangka, kumpulan izdan daripada maahad muar telah menjadi johan untuk kali ini. memang aku tak nafikan kerana mereka memang layak untuk memenangi pertandingan ini. tenaga serta confidence level mereka cukup mengujakan. tahniah buat ustaz zaman dan abang pian saujana kerana melatih mereka.


Debat dan Nasyid, apa sinerginya dalam hidup aku?

sebenarnya dari sekolah lagi aku memang meminati kedua-duanya. aku memang teringin sangat nak belajar berdebat kerana bagi aku, dengan debat, kau lebih cakna dengan realiti semasa serta menajamkan fikiran kau. menjadi seorang pendebat juga membolehkan kau lantang bersuara dan menjadi lebih yakin untuk membuat sebarang pembentangan.

Namun, dengan keadaan aku sekarang, aku lebih cenderung dengan kebudayaan dan kesenian berbanding debat ni. masa aku lebih banyak terluang kepada kelab perkusi dan angklung yang aku ceburi sekarang ni. Inshaallah, aku akan cuba berusaha mengosongkan masa aku untuk belajar berdebat =)

nasyid pula memang sinonim dengan diri aku sejak kecil lagi. dan aku memang cukup tertarik dengan paduan harmoni kumpulan nasyid ini. teringin sangat nak belajar vokal. lagipun aku memang meminati muzik. dan aku juga bercadang untuk mengikuti kelas vokal. apa yang aku buat ni demi menaikkan semula nama Me See, kumpulan nasyid sekolah aku yang kian tenggelam. nama yang gah suatu ketika dahalu telah tenggelam dek arus semasa.

aku teringin nak melihat kumpulan nasyid sekolah aku berentap di peringkat kebangsaan. agak cemburu dengan sekolah-sekolah yang selalu mewakili negeri masing2. jadi, aku rasa aku perlu memantapkan diri dari aspek vokal terlebih dahulu untuk mengajar mereka.

setakat ini kot coretan aku kali ni.
Inshaallah aku post lain kali =)

wassalamualaikum.

Thursday, June 14, 2012

Lamanya Menyepi!

Alhamdulillah, ini post pertama (eh, kedua la) setelah SETAHUN LEBIH tak update blog. (Lamanya!!!!!)

Bukannya apa, sejak post terakhir tahun lepas, diri ini tak habis-habis dilanda kesibukan kota metropolitan...blaa..bla..bla... (okay, tak lawak =.=)
ehem2. diri ini x habis-habis dilanda kesibukan,kemalasan dan kekeringan idea untuk meneruskan penulisan di blog ini.

 Kalau nak diikutkan, memang dah panjang lebar, beribu-ribu post kat blog ni sebagai tatapan para pembaca setia sekalian... *eleh, update setahun sekali, jangan harap ramai yang baca.wuwuwu (TT_TT)

 Inshaallah untuk post-post yang mendatang, akanku coretkan kenangan-kenangan silam yang berlaku sepanjang setahun lebih menyepi di blog ni..
 *kena scroll facebook dan twitter la lepas ni. nak cek apa yang berlaku.haha



duhai blog, aku merindui dirimu!!!!!!!! <3

Wednesday, June 13, 2012

Kembali...

DUHAI BLOG

MAAFKAN DIRIKU KERANA MENGABAIKAN DIRIMU
MAAFKAN DIRIKU KERANA MENZALIMI DIRIMU
SETAHUN PEMERGIANKU TANPA KHABAR BERITA
SEHINGGA MEMBUAT DIRIMU TERTANYA-TANYA

SUDAH SETAHUN AKU MENYEPI
INSHAALLAH AKU AKAN KEMBALI
MELUAHKAN APA YANG TERBUKU DI HATI
DI DALAM BLOGKU YANG SETIA DISISI




meh tengok yang ini