Assalamualaikum semua
Alhamdulillah, sedar x sedar kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini; 16 Ramadhan. tinggal 14 hari saje lagi utk kita melipatgandakan pahala kita.
Hari ni aku nak bercerita tentang musibah yang melanda diriku semalam. Beg aku hilang!Yang paling menyedihkan aku, kejadian ini berlaku didalam masjid UIA ketika sedang solat zohor berjemaah. banyak benda penting didalam beg tu. untuk makluman semua, didalamnya ada Laptop, 2 external hard disk, charger battery afiq (s
ori xgtaw ko lagi. T^T), GPS ibu dan pencil case.
*banyak jugak item dalam tu rupanya.
haa.nak tahu kisah? meh sini aku cerita
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Kisah
Kisahnya bermula begini, pada jam 11 pagi, aku ke Library atas permintaan rakanku untuk membantunya memahami subjek ICT. dia exam hari ni (
good luck!! :D). Jadi aku pun bawa beg galas tu bersama sebab aku rancang nak study dan siapkan projek kat library selepas zohor.
Setelah selesai membantu rakan aku tadi, aku ke masjid SHAS tercinta untuk menunaikan solat zohor. Ketika aku bersiap untuk solat berjemaah, aku letakkan beg aku di celah tiang masjid tu. (
tiang tu kat belah kiri imam, 3 barisan dari hadapan). dengan erti kata lain,aku letak beg tu kat belakang.
Seusai solat zohor berjemaah,aku sambung solat sunat sebab masih ada orang lagi yang sedang bersolat kat belakang aku. Habis solat tu, bila aku toleh ke belakang, beg tu dah.....
hilang!!
aku cuba bersangka baik time tu, (
sampai sekarang) yang beg tu ada orang terambil. Ada gak la dalam 15 minit aku keliling masjid tu.last2, aku pergi security untuk buat laporan.
Abang tu kata sejak akhir-akhir ni memang berlaku kejadian kecurian kat masjid. minggu lepas, senior sekolah aku, amal syakir pun turut menjadi mangsa keadaan. beg dia kena curi ketika dia sedang tidur kat masjid tuh. dan beg tu kemudian dijumpai di LRT KLCC. Takziah diucapkan.Minggu ni giliran aku pula yang menjadi mangsa.
Inshaallah isnin ni aku akan buat laporan polis.sekiranya beg tu memang dicuri, aku berharap polis dapat tangkap sindiket2 ni.
Sekiranya betul beg aku dicuri, aku sangat sedih. Bukan sedih sebab kena curi, tetapi sedih sebab pencuri tersebut tertutup hatinya di bulan Ramadhan ni. Dan paling menyedihkan, kejadian berlaku didalam Rumah Allah! Walaupun syaitan kena gari, masih berlaku kes-kes sebegini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat Yang Berkenaan
Kalau sesiapa yang terambil beg tu, tolong pulangkan ye. banyak sangat benda penting dalam laptop dan hard disk tuh. Inshaallah Allah akan membalas jasa baik anda.
Kalau siapa yang mencuri tuh, aku doakan agar pintu hati kau terbuka untuk bertaubat dan insaf. tak guna aku nak marah,nak maki hamun.boleh kurang pahala puasa ni.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengajaran
apa yang merisaukan aku ialah data-data dalam laptop dan hard disk tu.aku cukup risau sekiranya maklumat dan data didalamnya disalah gunakan sehingga mengundang fitnah terhadap diri aku.
Namun, Aku redha dengan musibah yang berlaku ni. Aku anggap ini satu ujian
daripada Allah. Mungkin Allah nak menguji sejauh mana kekuatan iman dan taqwa aku. mungkin juga Allah nak tarik nikmat aku disebabkan dosa2
yang telah aku lakukan sebelum ini. Aku hanya mampu berdoa agar
diampunkan dosa-dosaku yang lepas.
muhasabah diri semula
Bila difikir semula, ujian aku ni tidak seberat insan-insan lain yang kehilangan kereta, rumah kena pecah masuk dan lain-lain. Jadi, tidak ada alasan untuk aku merungut, meratapi kehilangan beg tersebut.
aku cukup terkesan dengan komentar sahabat di IIUM Online ni:-
Ya, aku patut bersyukur seperti apa yang dinasihati oleh irfan ni. Syukran ya akhi :)
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan. Sangat terharu dan rasa sungguh bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang memahami dan mengambil berat akan diri ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
apabila kita ditimpa musibah, jangan cepat melenting atau terus menyalahkan orang lain. sebaliknya kita perlu terus bersabar kerana ini merupakan salah satu ujian daripada Allah keatas hambaNYA