Sembang Mesra

Monday, January 6, 2014

poem for you

The past is history,
We learn from the mistakes,
We learn from the experiences,
Even though there are a lot of hardship, remember, all the happines from the past,
Will remains in our memories.

Move foward dear,
New adventure, obstacle awaits you,
Never give up, never turning back,
Because, along the road,
There's a hope,
There's a people that will help you,
There's Allah, that will always accompany you.

Believe in yourself, because only you know what the best that you can do :)

Wednesday, January 1, 2014

Lontar Belakang 2013, Lontar Hadapan 2014

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya,
memberi ruang untuk Tahun 2014.
Aku masih tertanya2, apakah yang akan terjadi padaku di tahun baru ini??

Tahun 2013 telah membawa banyak erti kepadaku, banyak pengalaman pahit, manis, suka dan duka sepanjang tahun 2013 ni berlalu. mungkin utk entri kali ini, akan ku coretkan sedikit pengalaman2 yg telah ku tempuh sepanjang tahun 2013 ni


Tahun 2013, tahun kemuncak?

ya, bila difikir semula, aku rasakan aku berada dikemuncak karierku. ops, karier dalam erti kata lain, kemuncak diriku didalam cultural UIA. mengapa aku kata sedemikian? 
tahun ni merupakan tahun yg paling banyak aku aktif membuat persembahan dan berprogram. jadi, disini aku listkan beberapa show yang paling aku kira kenangan beharga buat diriku:-

Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan:
1. Festival Nasyid IPT Ihtifal ASEAN 2013 di USIM (International)
2. Festival Nasyid MAKUM 2013 di UPM (National)
3. Festival Gamelan Sedunia 2013 di Terengganu (International)
4. Festival Gamelan Kebangsaan 2013 di Terengganu (National)
5. Festival Gamelan UKM (National)
6. Buskers at Standard Charted KL Marathon 2013 (National)
7. Closing Ceremony Sukan MASUM 2013( National)
8. Closing Ceremony Pentauliahan SUKSIS 2013 (National)



















Show2 bersama Art On Beat Drum Circle (dibawah abang Hafiedz Udu)
1. Show pelancaran radio online selangor kini di Shah Alam
2. Show for Gaza di MMU
3. Show Ramadhan di One Utama
4. Show Mimbar Pencetus Ummah


Lain2 show 
1. Show bersama nasyeed club di hadapan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak
2. Show Iftar di hadapan Presiden UIAM, Tan Sri Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim
3. Show Iftar di hadapan DYMM Sultan Pahang
4. Slot Gen-Y rancangan Assalamualaikum TV-Al Hijrah
5. Show bersama Muhibben di Walimah abg Ahfad Raihan
6. Show di Kaedlive bersama IIUM Acoustic Band




dan banyak lagi la show2 lain. tapiii tak perlu rasanya nak panggil aku retis/artis. aku xpernah mintak pon semua ni. yang ni x lain adalah rezeki daripadaNYA. syukur Alhamdulillah. bagiku, ini adalah hikmah yg aku dapat setelah sekian lama. kalau ikutkan, dariapada zaman sekolah lagi aku jarang dapat peluang macam ni. lagi2 percussion. kalau ikutkan, time skolah rendah lagi da tertarik nak main percussion. peluang tu hadir di hujung form 4, dan seterusnya ketika di zaman CFS. andainya korang mengerti, korang akan tahu betapa sukarnya aku nak cari ilmu main percussion ni. semua belajar sendiri. apa2pun utk recap tahun 2013, banyak kenangan dan ilmu yg aku dapat sepanjang show2 ni. yang paling penting. ukhwah sesama sahabat2 cultural.
Terima kasih rakan2 dan terima kasih buat cikgu Ku Zahir, abang Aswad, abang Hafiedz Udu,  dan  abang Dahari kerna mencurahkan ilmu kepadaku.

2013: School of Life

well, semestinya tahun ni banyak "drama"2 kehidupan yang berlaku. banyak antaranya yg memberi pengajaran bagiku. namun diantara semua ini, perkara yg paling aku belajar ialah "Life is Unexpected". ya, kita x pernah tahu kita akan berjumpa dengan siapa. dan kita tidak pernah tahun di penghujung jalan cerita kita bagai mana. jadi, kehidupan perlu diteruskan, dengan bersiap sedia, belajar daripada pengalaman silam.

tahun ini juga aku belajar hikmah kehidupan. aku belajar untuk memahami perasaan orang lain, aku belajar menjadi pendengar yang setia, dan aku belajar untuk sentiasa berusaha mematangkan diri dalam pelbagai aspek. tahun ni aku belajar, untuk lebih menyanyangi family. kena sentiasa ingat. family first. rasanya tahun ni aku banyak mengalir air mata kot. bukan nangis tengok cite hindustan ke apa. tapi lebih kepada muhasabah diri semula.

apa2pun. terima kasih tahun 2013. banyak aku belajar sepanjang tahun ni.

2014: Bagaimana?

Tahun 2014 dah tiba. jadi semestinya kita akan ada azam baru.
azam baru aku tahun ni lebih kepada pembentukkan spiritual dan sahsiah diri. 
aku rasa dah tiba masa untuk aku slow2 sikit aktiviti2 yang aku sertai.
dan lebih fokus kepada pembentukkan peribadi. sebagai persiapan di usia tua kelak.
harapannya menjadilah nanti. InshaAllah.

yang pasti, tahun 2014 akan menjanjikan pengalaman yg jauh lebih mencabar dan berbeza dengan tahun2 sebelumnya. kerna semakin kita meningkat dewasa, semakin sukar cabaran yang akan kita tempuhi. namun disebalik semua itu, aku sangat mengharapkan azam aku tahun ni betul2 tercapai kerna... tahun 2015, aku bakal bergraduasi, bakal bekerja, dan mana tahu, bakal berumah tangga kan?
jadi moga tahun 2014 betul2 menjadi jambatan yang sangat kukuh untuk aku tempuhi tahun mendatang.
seandainya aku masih bernafas dimuka bumi ni. ameen.

PENUTUP: Lontar Belakang 2013, Lontar Hadapan 2014

sebagai penutup, terima kasih Tahun 2013 atas segala pengalaman yang di timba
selamat berkenalan Tahun 2014, moga segalanya baik2 sahaja tahun ni.

sebelum penutup..... Tahun 2013 ni merupakan tahun yg istimewa. kerna tanpa ku sangka.. 

Allah aturkan diriku untuk bertemu dengannya

Life is Unexpected. dan sungguh percaturan Allah itu indah. Allah punya 1001 cara untuk mengajar kita.
Untuk diriku, Allah hantar "dia" untuk aku lebih mengenali erti kehidupan, erti kesabaran, dan erti kematangan dalam diri. Tanpa kita sedar, insan2 yg dihantar kepada kita ni juga merupakan salah satu cara atau petunjuk daripadaNYA untuk kita lebih mengenaliNYA, dan mengenal diri sendiri serta orang lain.

Siapa dia tu? biarlah rahsia. jikalau kalian tahu, tak perlu sebut namanya, tak perlu timbul kontroversi.
kita tak tahu penghujung cerita kita dengan seseorang tu bagaimana. 
sekiranya baik, Alhamdulillah,
jika berlaku sebaliknya, pasti ada hikmah. utk kita belajar mengenainya.
apa2pun, doakan sahajalah yang terbaik. dan semestinya doakan pengakhirannya juga baik :)

setakat tu kot entry kali ini. panjang lebar plak. maklum la da lama tak update.
Lontar belakang 2013 utk kita belajar
Lontar Hadapan 2014 utk kita bersedia
jumpa lagi di entri lain. Assalamualaikum :)

Monday, September 9, 2013

Kadang kala...

kadang-kala aku rasa penat
namun rasa penat inilah yang mengajar aku 
erti kepayahan, dan menguji keikhlasan diri ini

kadang-kala aku rasa lemah
namun  perasaan lemah inilah yang mengajar aku 
bahawa aku memang perlukan DIA

kadang-kala aku rasa tertekan dan marah
namun tekanan itulah yang mengajar aku 
erti sabar dalam menghadapi ujian

kadang-kala aku rasa kecewa
namun kekecewaan itulah mengajar aku 
makna redha dan berlapang dada

aku bersyukur
atas nikmat yang telah ENGKAU curahkan kepadaku
Sungguh nikmat dan rahmatMU sentiasa datang tanpa diduga

aku bersyukur
kerna aku didampingi insan2 yang memahami
yang sentiasa membuat diriku bahagia

kita akan sentiasa diuji olehNYA
kerna ujian memantapkan lagi iman kita 
kita akan sentiasa belajar hingga ke akhir usia
kerna Life is a process of learning

Ingatlah bahawa kita ini adalah sebaik2 kejadian
jadi pelajarilah makna kehidupan
kerna hidup ini penuh dengan warna
yang membuatkan diri kita ini istimewa
sama ada kita sedar atau tidak

meh tengok yang ini