Sembang Mesra

Friday, August 23, 2013

Titik Mula

17hb Ogos 2013
10 Syawal 1434H

Hanya aku yang tahu
kisah disebaliknya
akanku anggap tarikh itu
sebagai
TITIK MULA

Titik mula
Untuk aku bersungguh-sungguh berusaha perbaiki diri
Bukan hanya angan-angan dan rancangan tanpa tindakan
yang aku selalu "rancang" selama ini.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa lemahnya Iman ini
Sebelum aku dapat membimbing insan disekelilingku
adalah lebih baik aku membimbing diriku
untuk mendekatkan diri kepadaNYA

Sebelum aku mencintai orang lain
lebih baik aku ikhlaskan kembali niatku kepadaNYA
moga cintaku kepadaNYA semakin bertambah
dan semoga aku mencintai orang lain berlandaskan cintaNYA

aku tak mahu omong kosong
kerna ku tahu
Action speaks Louder than words

buat yang membaca entri ini,
ku pohon doa daripada kalian
ku pohon kekuatan daripada kalian
untuk ku terus bangkit memperbaiki diri
menambah ilmu dan amal
agar diriku dapat mengapai cintaNYA yang Teragung



Thursday, August 8, 2013

Berlalu

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita,
moga bertemu lagi pada 11 bulan yang akan datang.
sungguh ku merasakan amal ibadahku sangat kurang pada Ramadhan kali ini
Hatiku sebak tatkala takbir raya dilaungkan,
Adakah dapat kubertemu dengan tetamu yang mulia ini lagi

Aku seperti tiada mood nak meraikan Aidilfitri tahun ni,
mana taknya, raya dirumah sendiri.
namun saudara mara yang bertandang kerumah jua pengubat hati ini,
dengan kehadiran anak2 kecil yang memecah suasana yang sepi.

sungguh ku rindu suasana kampung, ketika kecil dahulu.
Masih teringat lagi gelak tawa riang bermain bunga api,
mengikuti arwah nenek dan atuk bertakbir raya rumah ke rumah.
rasa nak menangis je bila terkenang semula.

aku dulu orang kampung,
yang dibela oleh arwah nenek ketika kecil
dan aku sangat sangat sangat rindu dan suka suasana kampung.
memang meriah, cukup meriah

tak lupa juga beraya di rumah arwah tokbah,
cukup besar, boleh muat 6 keluarga tidur sekali,
walaupun di taman perumahan melaka,
suasana ketika itu turut meriah sama,

namun itu semua kenangan lama,
yang hanya akan kekal sebagai memori silam,
hidupku perlu diteruskan,
meraikan Aidilfitri dengan mereka yang masih ada disisi

Monday, August 5, 2013

Bakal berlalu~

Assalamualaikum semua,
sedar tak sedar, Ramadhan bakal meninggalkan kita. sedih dan sebak rasanya kerna aku rasa amalan aku utk ramadhan kali ni sgt sedikit. aku seperti mensia-siakan ramadhan yg hanya tiba setahun sekali saja ni. T___T. moga amalanku yg sedikit ini diterima oleh Allah Yang Esa.

Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni aku ada byk persembahan. jadi sedikit sebanyak bole buat tabungan untuk masa hadapan. bulan ramadahan kali ni juga memang banyak menguji kesabaranku. namun, aku anggap semua ini ujian daripadaNYA utk menjadikan aku insan yg lebih kuat.

---------------------------------------------------
malam ni, pada awalnya bercadang nak bertarawikh di surau berhampiran dengan sekolah ibu. namun, dek kerana kecuaian aku, kunci kereta saga tertinggal kat kerta exora. kereta exora pulak adik aku bwk pegi reunion skola dia. jadi nak tak nak, harini bertarawikh di rumah saja la.

seusai solat tarawikh berjemaah 4 rakaat, kami buat sedikit tazkirah/perkongsian/peringatan/teguran sesama ahli keluarga sebelum menyambung lagi sunat tarawikh 4 rakaat. lama juga tak buat macam ni. entah mengapa, ketika aku sdg beri sedikit perkongsian, hatiku sebak. rasanya xperlu kot cerita kat sini mengapa aku sebak. biarlah rahsia.

aku berkongsi tentang kebahagian rumah tangga itu terletak pada hubungan komunikasi yang baik antara suami isteri. untuk kekal bahagia, komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. tak sangka aku mengupas isu rumah tangga dihadapan ibu bapaku. aku rasa sudah tiba masanya utk aku berdiskusi secara serious dan meminta pendapat daripada ibu bapaku sendiri kerna mereka sendiri sudah berpengalaman mendirikan rumah tanga. kerna rumah tangga itu tak lain dan tak bukan adalah satu tanggungjawab yang didalamnya terdiri 1001 pahit dan manis.

ibu sekarang ni lebih sporting untuk berbincang mengenai perkara ni. ingat lagi 2-4 tahun sudah, kemain marah bila aku sentuh isu kahwin ni. sekarang ni kemain supportive lagi. hehe. InshaAllah aku merancang untuk mendirikan rumah tangga 2 tahun lagi. dalam tempoh ini, aku berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dari pelbagai aspek, terutamanya tanggungjawab sebagai ketua keluarga. paling penting, sumber kewangan. (perancangan tu penting)

calon da ada ke? biarlah rahsia. sekarang hanya mampu berdoa kepadaNYA andainya ada jodoh. namun, tak semestinya bila da ada calon baru nak ready. kena bersiap siaga dari sekarang

Nak mendirikan rumah tangga ni bukannya sehari dua, bahkan sampai ke akhir usia.
jadi, bagi diriku, adalah wajib utk aku improve diri sehingga aku benar2 layak untuk memimpin keluarga baharu

------------------------------------
aku ni asyik cite pasal kawen je. bukannya apa. berfikir pasal kahwin ni la buat aku sedar betapa banyakknya tanggungjawab yg perlu digalas sekaligus mematangkan pemikiran aku.
persepsi aku mungkin berbeza, korang bagaimana?

sehingga bertemu lagi.

*Ramadhan masih berbaki 3 hari. moga terus pecut laju2 sehingga ke garisan penamat

meh tengok yang ini